Tentera Udara Myanmar / Tentera Udara Burma Tatmadaw Lei | |
---|---|
Ditubuhkan pada | 15 Disember 1947[1] |
Negara | Myanmar |
Jenis | Tentera udara |
Peranan | Peperangan udara |
Saiz | 23,000 anggota 229 pesawat[2] |
Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Myanmar |
Nama samaran | Tatmadaw Lei |
Komander | |
Menteri Pertahanan | Lt. Jeneral Sein Win |
Panglima Angkatan Tentera Myanmar | Jeneral Kanan Min Aung Hlaing |
Panglima Tentera Udara | Jeneral Khin Aung Myint |
Tanda kebesaran | |
Roundel | |
Bendera | |
Ensign (1948–1974) | |
Pesawat terbang | |
Penyerang | A-5M |
Pejuang | CAC/PAC JF-17 Thunder, Chengdu J-7 |
Helikopter | Mil Mi-35 , Mil Mi-17 |
Pemintas | Mikoyan MiG-29 |
Pengawasan | Soko G-4 Super Galeb |
Pelatih | Yak-130, PC-7, K-8W, Grob G 120TP |
Pengangkut | Y-8D, Y 8F200, ATR 42 |
Tentera Udara Myanmar (Bahasa Burma: တပ်မတော် (လေ) , disebut [taʔmədɔ̀ lè]), sehingga tahun 1989 dikenali sebagai Tentera Udara Burma, adalah sebuah cabang udara bagi Angkatan Tentera Myanmar atau Tatmadaw. Misi utamanya adalah untuk memberi perkhidmatan pengangkutan, logistik, dan sokongan udara dekat kepada Tentera Darat Myanmar dalam operasi menentang keganasan.[3] Ia sering digunakan dalam konflik dalaman di Myanmar, dan pada skala kecil melaksanakan misi bantuan, terutamanya selepas Siklon Nargis pada bulan Mei 2008.
Anggota: 23,000 kesemua pangkat (termasuk 1 batalion Airborne (Payung terjun) dengan enam pegawai dan 750 anggota lain-lain pangkat).[3]
Tentera Udara Myanmar juga menggunakan lapangan terbang awam sebagai pangkalan udara hadapan sekiranya berlaku serangan asing.
Pada 7 Jun 2017, sebuah pesawat Shaanxi Y-8 telah dilaporkan hilang di kedudukan 30 batu nautika (56 km) barat Dawei. Pesawat ini membawa 122 penumpang.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tentera Udara Myanmar |