Thabit ibn Qays merupakan ketua Khazraj dan mempunyai pengaruh yang besar di Yathrib. Dia dikenali kerana kepintarannya dan kebolehannya berucap. Kemungkinannya kerana inilah dia menjadi khatib atau jurucakap dan pemidato bagi Rasulullah dan Islam.
Dia memeluk Islam di tangan Mus'ab ibn Umair yang pujukan dan logik dan keindahan dan kemanisan bacaan al-Qur'annya terbukti membuka hati Thabit.
Ketika ketibaan Rasul di Madinah selepas Hijrah, Thabit dan sekumpulan besar penunggang kuda menyambutnya dengan gembira dan meriah. Thabit bertindak sebagai jurucakap dan memberu ucapan di hadapan Rasul dan sahabatnya, Abu Bakr as-Siddiq. Dia memulakannya dengan pujian kepada Allah Maha Besar dan selawat ke atas Nabi dan mengakhirinya dengan mengatakan:
Ucapan ini menyerupai perkataan yang diucapkan pada Perjanjian Aqabah kedua dan jawapan Rasul adalah sama seperti sebelumnya: "Al-Jannah!".