The Promise | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Heaven's Promise |
Genre | Melodrama |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Jeon Woo-sung |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Korea Selatan |
Bahasa | Korea |
Bilangan episod | 102 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 35 minit |
Syarikat penerbitan | Neo Entertainment |
Penyiaran | |
Saluran asal | KBS2 |
Siaran asal | 1 Februari 2016 | – 24 Jun 2016
Pautan luar | |
Laman sesawang |
The Promise/Heaven's Promise ialah sebuah drama Korea Selatan tahun 2016 dibintangi oleh Lee Yoo-ri (peranan berganda),[1] Seo Jun-young, Park Ha-na dan Song Jong-ho. Drama ini disiarkan menerusi saluran KBS2 bermula 1 Februari sehingga 24 Jun 2016 pada hari Isnin sehingga Jumaat pukul 7:50 malam sebanyak 102 episod.[1]
Na-yeon (Lee Yu-ri) adalah wanita yang ceria. Dia menyokong teman lelakinya Tae-jun (Seo Jun-young), yang berasal dari latar belakang yang lemah, dan bahkan telah berhenti memasuki universiti. Tetapi Tae-jun membuangnya untuk kejayaannya dan pergi bersama Se-jin (Park Ha-na), yang merupakan cucu presiden Syarikat Baekdoo. Manakala Do-hee (Lee Yu-ri) adalah saudara kembar Na-yeon. Dia merupakan seorang yang sombong dan amat sukar untuk diatur. Do-hee bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat majalah mingguan. Do-hee kemudian menemui kakak kembarnya, Na-yeon yang ditempatkan dihospital sakit jiwa lalu dia menukarkan identiti mereka. Na-yeon memutuskan untuk membalas dendam terhadap Tae-jun dan ibu mertuanya. Selepas kematian Do-hee, dia kemudian mengambil identiti dan menyamar sebagai Do-hee. Berbekalkan identiti barunya, Na-yeon kemudian bertemu dengan Hwi-Kyung (Song Jong-ho), yang merupakan bakal pewaris syarikat Baekdoo. Misi Na-yeon untuk membalas dendamnya kini bermula.