Theeya Velai Seiyyanum Kumaru | |
---|---|
Fail:Theeya Velai Seiyyanum Kumaru Posterq.jpg | |
Pengarah | Sundar C. |
Penulis | Nalan Kumarasamy Venkat Raghavan (Dialogues) |
Lakon layar | Sundar C. Nalan Kumarasamy Srinivasa Kavineyam Karunakaran Venkat Raghavan |
Cerita oleh | Sundar C. |
Dihasilkan oleh | Ronnie Screwvala Siddharth Roy Kapur Khushboo Sundar |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Gopi Amarnath |
Disunting oleh | Praveen K. L. N. B. Srikanth |
Muzik oleh | C. Sathya |
Syarikat penerbitan | UTV Motion Pictures Avni Cinemax |
Tarikh tayangan |
|
Negara | India |
Bahasa | Tamil |
Theeya Velai Seiyyanum Kumaru (Bahasa Melayu: Kamu harus bekerja keras, Kumar! ; Inggeris: You have got to work hard , Kumar ) adalah filem romantis-Komedi tahun 2013 berbahasa Tamil yang diarahkan oleh Sundar C.Filem ini dibintangi oleh Siddharth, Hansika Motwani dan Ganesh Venkatraman, dengan Santhanam dalam watak komedi. Filem ini diterbitkan serentak dalam bahasa Telugu sebagai Something Something, di mana Brahmanandam menggantikan Santhanam bagi versi Telugu. Penggambaran bermula pada Januari 2013. Filem ini ditayangkan pada 14 Jun 2013 untuk ulasan yang positif dan menjadi satu kejayaan komersial.
Walaupun dibesarkan dalam keluarga pemuja setia cinta selama bergenerasi, Kumar asyik bernasib malang dengan cinta dan wanita sejak muda lagi. Oleh kerana dia asyik ditimpa masalah dia telah putus harapan terhadap cinta dan perkhawinan. Kumar hidup sebagai penyendiri sehingga dia bertemu dengan Sanjana, rakan sekerjanya yang menawan. Pada masa itulah Kumar menyedari yang dia ingin Sanjana menjadi miliknya. Yakin yang dirinya tidak akan dapat memikat hati Sanjana, Kumar meminta pertolongan guru cinta, Nokia.