Tiara Jacquelina | |
---|---|
Kelahiran | Jacqueline Eu 3 Oktober 1967 |
Nama lain | Tiara Jacquelina Eu Abdullah |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit, aktivis teater |
Tahun aktif | 1988–kini |
Pasangan | Allahyarham Hani Mohsin Hanafi (k. 1993; c. 1998) Tan Sri Mohd Effendi Norwawi (k. 1997) |
Anak-anak | Hani Karmila Hani Mohsin Dani Mohd Effendi |
Puan Sri Tiara Jacquelina Eu Abdullah (nama asal Jacqueline Eu, lahir 3 Oktober 1967) ialah seorang pelakon dan penerbit Malaysia. Beliau merupakan pengasas dan pemilik syarikat Enfiniti Productions yang mengkhususkan kepada penerbitan televisyen, filem dan teater.[1][2]
Dilahirkan sebagai Jacqueline Eu pada 3 Oktober 1967 serta berdarah campuran Cina-Burma dan Cina-Indonesia. Beliau mencapai kemasyhuran dalam bidang perfileman melalui filem epik sejarah arahan Saw Teong Hin - "Puteri Gunung Ledang", yang mana Tiara mengambil peranan sebagai pelakon wanita utama dan juga penyanyi lagu tema filem tersebut iaitu "Asmaradana". Filem tersebut menelan kos sebanyak ASD$4 juta dan merupakan filem berbajet yang tertinggi dalam sejarah penerbitan filem di Malaysia.[3] "Puteri Gunung Ledang" telah diserahkan kepada Anugerah Akademi ke-49 bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik tetapi tidak terpilih untuk pencalonan.[4]
Tiara pernah berlakon bersama-sama dengan Frances McDormand, seorang pemenang Anugerah Akademi, dalam filem, "Beyond Rangoon" (1995). Di Festival Filem Malaysia ke-12, beliau telah dianugerahi sebagai seniwati yang terbaik dalam filem, "Ringgit Kasorrga", sebuah drama skandal kelamin yang melibatkan seorang ahli politik dengan peragawati-peragawati muda. Tiara telah dinamakan Seniwati Terpilih di Anugerah Oskar keempat yang diadakan oleh Persatuan Pekerja Filem Malaysia (kini Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia) pada tahun 2005.[5]
Sejak muda lagi, Tiara suka melibatkan diri dalam kesenian, dan semasa bersekolah, dia telah mengambil bahagian dalam Persatuan Sandiwara[6] dan Persatuan Kesusasteraan,[7] dan juga pernah menjadi Presiden Persatuan Filem.[8] Beliau gemar menunggang kuda dengan keluarganya sebagai hiburan,[9] dan juga gemar akan makanan yang lazat, dan lukisan. Tiara, yang kini bergelar Datin Seri, mempunyai dua orang anak.
Beliau turut memegang watak utama sebagai Hanna dalam filem "Lukisan Berlumur Darah" pada tahun 1988.[10]
Tiara memeluk Islam pada 1993[11] dan mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Hani Mohsin Hanafi pada 11 September 1993. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hani Karmila, yang dilahirkan pada 1994. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila mereka berpisah[12] pada 16 Februari 1998. Perceraian mereka disahkan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 Jun tahun yang sama.
Kemudian Tiara berkahwin dengan bekas Menteri Pertanian Malaysia, Mohd Effendi Norwawi.[13]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1988 | Irisan-Irisan Hati | Ipah | Filem pertama |
Siluman Kera | Sofia | ||
Lukisan Berlumur Darah | Hannah | ||
1990 | Mat Som | Yam | |
1992 | Yang Disayangi | Filem terakhir Sabah Film | |
1994 | OBSES | Siti | |
1995 | Beyond Rangoon | San San | |
Ringgit Kasorrga | Meera (Almeera Almeida) | ||
1999 | Perempuan Melayu Terakhir | Pelakon Teater | |
2004 | Puteri Gunung Ledang | Gusti Putri | Sebagai penerbit |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1994 | Hello | Haz | TV3 | |
1995 | Orang Terbang | Sheila | ||
1996 | Darling Sayang | Suraya | ||
1999 | Jam 2 Petang | — | ntv7 | Sebagai penerbit |
2017 | Kontena Ana | — | Astro Citra | Penghargaan |
Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian |
---|---|---|---|
2021 | Keluarga Baha Don (Musim 3) | Ivana Balkanich | Viu |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1998 | Mak Mertuaku | Norma | TV3 | Sebagai penerbit |
1999–2005 | Spanar Jaya | — | ntv7 | |
2019 | Spanar Jaya X | — | TV3 | Sebagai penerbit eksekutif |
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
1994 | Mikroskop | TV3 | Pengacara |
2009 | Akademi Fantasia 7 | Astro Ria | Pengetua |
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2004 | "Asmaradana"
|
Lagu tema "Puteri Gunung Ledang" |
Tahun | Anugerah | Keputusan | Kategori | Filem |
---|---|---|---|---|
1995 | Festival Filem Malaysia | Menang | Pelakon Wanita Terbaik | Ringgit Kasorrga |
2005 | Asian First Film Festival | Penerbit Terbaik | Puteri Gunung Ledang | |
Asia-Pacific Film Festival | Pelakon Wanita Terbaik | Puteri Gunung Ledang | ||
Anugerah Oskar PPFM 2005 | Penerbit Terbaik | Puteri Gunung Ledang | ||
Anugerah Oskar PPFM 2005 | Pelakon Wanita Terbaik | Puteri Gunung Ledang | ||
2009 | Federation for Asian Cultural Promotion (FACP Malaysia) | Sumbangan Cemerlang dalam Seni |