Trogonoptera brookiana

Sayap burung Rajah Brooke
Trogonoptera brookiana albescens
Si jantan (atas) dan betina dewasa,
permukaan dorsal
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Lepidoptera
Keluarga: Papilionidae
Genus: Trogonoptera
Spesies:
T. brookiana
Nama binomial
Trogonoptera brookiana
Wallace, 1855
Sinonim
  • Ornithoptera brookiana Wallace, 1855[3]
  • Troides brookiana

Trogonoptera brookiana, iaitu sayap burung Rajah Brooke,[4] ialah kupu-kupu sayap burung dari hutan hujan di Semenanjung Thai-Melayu, Borneo, Natuna, Sumatera dan beberapa pulau kecil di barat Sumatera (Banyak, Simeulue, Batu dan Mentawai).[5][6] Kekupu ini dinamakan oleh seorang ahli alamiah, Alfred Russel Wallace pada 1855 sempena James Brooke, Rajah Sarawak.[6] Pokok perumah larvanya ialah Aristolochia acuminata dan A. foveolata.[7]

Yang dewasa menghirup nektar pokok seperti Bauhinia.[6] Sayap burung Rajah Brooke ialah spesies terlindung yang tersenarai dalam Apendiks II CITES,[7][8] yang bermaksud eksport antarabangsanya terhad kepada mereka yang telah diberikan kebenaran. Ia kupu-kupu kebangsaan Malaysia dan dikenali umum sebagai kupu-kupu Rajah Brooke.[9][10]

Kededua jantina mirip saudaranya yang lebih terbatas, iaitu sayap burung Palawan, tetapi sayap burung Rajah Brooke jantan lebih hijau pada sayap belakangnya. Rentang sayap kupu-kupu ini ialah 15–17 cm (5.9–6.7 in).[7] Sayap si jantan kebanyakannya hitam. Setiap sayap depan ada tujuh tompok hijau elektrik berbentuk gigi, manakala pada sayap belakang ada tompok hijau yang agak besar. Kepalanya merah terang dan tubuhnya hitam dengan tompok merah. Sayap si betina pula lebih perang dengan tanda putih menonjol di hujung sayap depan dan di pangkal sayap belakang.[7]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Genus: Trogonoptera Rippon, 1890

Spesies: Trogonoptera brookiana Wallace, 1855
Subspesies: Trogonoptera brookiana brookiana (Wallace, 1855)
Rupa: Trogonoptera brookiana brookiana r. brookiana Wallace, 1855
Rupa: Trogonoptera brookiana brookiana r. julijae S.Hu, 2007
Subspesies: Trogonoptera brookiana toshikii Kobayashi, 1991
Subspesies: Trogonoptera brookiana akikoa Morita, 1994
Spesies: Trogonoptera trojana Honrath, 1886

Ilustrasi

[sunting | sunting sumber]
Dua ekor si jantan di Kuala Woh
  1. ^ Böhm, M. (2018). "Trogonoptera brookiana". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T91184152A91184305. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-1.RLTS.T91184152A91184305.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
  3. ^ Wallace, Alfred Russel (1855). "Description of a new Species of Ornithoptera. Ornithoptera brookiana. Wallace". The Transactions of the Entomological Society of London. New Series. 3: 104–105.
  4. ^ Omar, R.; Aziz, A. A.; Badrud'din, S. (2023). BookButterflies of Peninsular Malaysia: with a checklist of Scientific, English and Malay names. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. m/s. 19.
  5. ^ The World of Birdwing Butterflies. Trogonoptera brookiana. Dicapai 20 Mei 2012
  6. ^ a b c ARKive Rajah Brooke’s birdwing. Diarkibkan 2008-05-16 di Wayback Machine Dicapai 20 Mei 2012
  7. ^ a b c d Butterfly Corner. Trogonoptera brookiana (Raja Brooke's Birdwing). Diarkibkan 2009-09-11 di Wayback Machine Dicapai 20 Mei 2012
  8. ^ CITES (3 April 2012) Appendices. Dicapai
  9. ^ Butterflies of Malaysia. Dicapai 20 Mei 2012
  10. ^ Razy Japir; Dg. Fazrinah Ag. Damit; Arthur Y.C. Chung (2021). Kepelbagaian Serangga Hutan Hujan Tropika Sabah (PDF). Jabatan Perhutanan Sabah. m/s. 14.