Sebahagian daripada siri berkaitan |
Perundangan Islam (Fiqah) |
---|
Suatu disiplin kajian Islam |
Dalam Islam, tudung atau kerudung ataupun dikenali sebagai hijab merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya." Sebelum berkembangnya agama Islam, tudung dipakai oleh wanita Parsi, sama ada ahli keluarga diraja mahupun orang awam. Kerana wujudnya jalur perdagangan antara negeri Parsi dan negeri Arab, tudung akhirnya menjadi bahagian daripada budaya Arab selepas berkembangnya agama Islam.
Darjah pemakaian tudung berbeza-beza mengikut tempat.
Fesyen dan jenis tudung juga berbeza-beza mengikut adab setempat:
Banyak para wanita Kristian pada Zaman Pertengahan Eropah memakai tudung serta berpakaian menutup aurat, yang sangat mirip dengan wanita Muslim kini yang memakai jilbab. 1 Corinthians 11:5, menjelaskan bahawa, “Setiap wanita yang bersembahyang atau beramalan dengan kepalanya tidak ditutup tidak memuliakan kepalanya, dan itulah dan adalah sama seperti jikalau rambutnya dicukur.” [1] Oleh itu, wanita Kristian pada zaman itu bertudung bukan hanya sewaktu sembahyang, tetapi banyak juga bertudung di tempat awam, oleh kerana wanita yang telah berkahwin diwajibkan memakai tudung. Terdapat juga banyak lukisan, patung dan gambar di tingkap menunjukkan [id:Maria] memakai jilbab, bercadangkan cara pemakaian umat Kristian pada zaman pertengahan Eropah. Sehingga zaman 1960an, perempuan Katolik memakai tudung ketika bersembahyang di gereja atau katedral. Sekarang, hanya kebanyakannya para biarawati gereja yang sering bertudung, demi mengkhidmati diri mereka kepada Tuhan. Tudung kepala serta menutupi leher pada Zaman Pertengahan Eropah ini dipanggil wimple dalam bahasa Inggeris. Kini, banyak Orang Barat mengatakan bahawa wanita yang memakai wimple, menindaskan wanita, walaupun tiada bukti yang diberikan dalam Bible yang mengatakan demikian, dan anggapan ini juga kelihatan bertentangan dengan kepercayaan biarawati.
Wanita Yahudi Ortodoks masih memakai tudung hingga ke hari ini. Tudungnya digelar tichel, dan alasan memakainya adalah berasaskan koda berpakaian menutup aurat yang dikenali sebagai Tzniut.
Pada 28 Januari 2008, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mahu larangan memakai tudung di Turki dihapuskan melalui arahan Parlimen Turki. Larangan ini disokong oleh golongan badan kehakiman, pegawai tentera dan ahli akademik yang berfahaman sekular. Parti Keadilan dan Pembangunan pimpinan Recep Tayyip Erdogan melihat isu peraturan melarang memakai tudung ini melanggar kebebasan dan hak untuk pendidikan.[2]