Ubi jepun | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Monokot |
Order: | Dioscoreales |
Keluarga: | Dioscoreaceae |
Genus: | Dioscorea |
Spesies: | D. japonica
|
Nama binomial | |
Dioscorea japonica Thunb. 1784
|
Ubi jepun atau nama saintifiknya Dioscorea japonica ialah sejenis ubi (Dioscorea) yang tempatan dari Jepun (termasuk kepulauan Ryukyu dan Bonin), Korea, China, Taiwan, dan Assam.[1][2]
Dioscorea japonica boleh dijadikan makanan. Jinenjo yang turut disebut ubi liar adalah keragaman dekat ubi jepun yang dijadikan bahan makanan dalam mi soba.
Di Jepun, ia dipanggil yamaimo (山芋 , "ubi gunung").[3] Jinenjo (自然薯 , "ubi liar") pula adalah jenis lain Dioscorea japonica, yang tempatan dari lembah dan gunung di Jepun.
Di China, Dioscorea japonica disebut yě shānyào (野山藥) yang mana diterjemahkan menjadi "ubi cina liar" atau hanya "ubi liar".[perlu rujukan] Nama lainnya ialah Rìběn shǔyù (日本薯蕷; harfiahnya "ubi Jepun").[2]
Di Korea pula, ia disebut cham ma (참마), sama dengan dang ma (당마).[perlu rujukan]
Dioscorea japonica mengandungi sebatian antimutagen eudesmol dan paeonol.[4]
Beberapa keragaman botani yang rasmi telah disarankan. Empatnya diterima:[1][2]
Dalam masakan Jepun, kededua ubi jepun dan ubi cina yang diperkenal ditukargantikan dalam resipi dan hidangan.[5]
|
|