Ultraman Max | |
---|---|
Format | Tokusatsu |
Pencipta | Tsuburaya Productions |
Pengarah | Shusuke Kaneko Hirochika Muraishi Kengo Kaji Futoshi Sato Takeshi Yagi Takashi Miike Hideaki Murakami Akio Jissoji Hiroaki Tochihara Toshiyuki Takano Toshihiro Iijima Kenji Suzuki |
Dibintangi oleh | Sota Aoyama Hitomi Hasebe Kai Shishido Hikari Mitsushima |
Lagu pembukaan | "Ultraman Max" nyanyian Team DASH & Project DMM |
Negara asal | Jepun |
Bahasa | Jepun |
Bilangan episod | 39 |
Penerbitan | |
Penerbit | Takeshi Yagi |
Tempoh siaran | 24 min per episod |
Penyiaran | |
Saluran asal | Chubu-Nippon Broadcasting Co., Ltd. |
Siaran asal | 2 Julai 2005 – 25 Mac 2006 |
Kronologi | |
Mengikuti | Ultraman Nexus |
Diikuti oleh | Ultraman Mebius |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Ultraman Max (ウルトラマンマックス , Urutoraman Makkusu) ialah sebuah siri TV Ultraman yang diterbit oleh Tsuburaya Productions dan Chubu-Nippon Broadcasting Co., Ltd.. Rancangan ini mengembalikan formula seekor raksasa baru per episod yang tidak diamalkan Ultraman Nexus, di samping juga beberapa pelakon lama dari siri Ultraman pertama dan juga raksasa-raksasa lama dari siri Ultra terdahulu.
Seperti wira-wira Ultra yang terdahulu, Ultraman Max berasal dari planet Nebula M78 dan dibantu oleh pasukan DASH (Defense Action Squad Heroes), sebuah cawangan UDF (United Defense Federation). Nama hos manusia bagi Ultraman Max ialah Touma Kaito. Ultraman Max direka berasaskan Ultraseven dan mempunyai dua senjata utama, iaitu "Meriam Maxium" yang ditembak dari tangan kirinya, dan "Pedang Maxium" yang berbentuk pemotong boomerang yang terletak di tangan kanannya.
Seorang lagi Ultraman yang dikenali sebagai Ultraman Xenon, atau Janos, muncul buat kali pertama dalam episod 13, dan sekali lagi dalam episod 39. Ketika Ultraman Xenon sedang memanggil senjata miliknya dari angkasa untuk melawan Zetton, dia diserang Zetton hingga menyebabkan senjata tersebut bercantum dengan pergelangan tangan kanan Ultraman Max. Ultraman Max seterusnya menggunakan senjata baru itu yang dikenali sebagai "Galaksi Max" untuk memusnahkan Zetton.
Pasukan DASH berpusat di Base Titan yang terletak di sebuah pelabuhan. Mereka berlengkapkan sebuah pesawat induk bernama Dash Mother yang melancarkan tiga lagi pesawat kecil iaitu Dash Bird 1, 2 dan 3.
Pasukan DASH juga ada operator robot yang dikenali sebagai ELLY, yang perlahan-lahan mempelajari kelakuan manusia. Elly didampingi sebiji robot berbentuk bola bernama Koko yang menghasilkan bunyi nyaring apabila membalas soalan.
Siri Ultraman Max merupakan kali pertama seorang rakyat asing menjadi anggota rasmi sesebuah pasukan pembantu Ultraman. Namanya ialah Sean White, lakonan Sean Nichols yang terkenal di Jepun kerana mengacara sebuah rancangan kanak-kanak popular berjudul Eigo de Asobo.