Unit Penyiasatan Penjarahan Seni (ALIU, bahasa Inggeris: The Art Looting Investigation Unit ) merupakan unit perisikan khas semasa Perang Dunia II yang misinya mengumpul maklumat dan menulis laporan tentang rangkaian penjarahan seni Nazi. Terdiri daripada beberapa orang yang dipilih dengan teliti, unit kecil tersebut menjalankan soal siasat dan penyiasatan di Eropah bermula pada 1944 dan kebanyakannya tertumpu pada Jerman, Perancis, Belanda, Switzerland, Itali, Sepanyol dan Portugal. Misi mereka berbeza namun berkaitan dengan Monuments Men. Selepas perang, laporan yang ALIU tulis ditanda rahsia dan bertahun-tahun dilupakan hingga lewat 1990-an apabila ia mula diubah statusnya.[1] Laporannya kekal menjadi sumber penting untuk penyelidikan sejarah asal karya seni (penyelidikan asal usul) dan untuk pemulangan seni yang dijarah dari zaman Nazi.[2]