Universiti Sultan Zainal Abidin اونيۏرسيتي سلطان زاينل عابدين
الجامعة السلطن زين العابدين Nama lama
Universiti Darul Iman (UDM), Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Moto Ilmu Demi Faedah Insan (Knowledge for the Benefit of Humanity)Jenis Awam Ditubuhkan pada 1980 Canselor KDYMM Sultanah Nur Zahirah Sultanah Terengganu Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam [ 1] Pelajar 15594 Lokasi Kampus Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Besut Laman sesawang https://www.unisza.edu.my/
Logo lama UniSZA
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bermula sebagai Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). KUSZA mula beroperasi pada 1 Januari 1980 di Batu Burok sebelum berpindah ke Bangunan Hajah Wook di Pulau Kambing pada 1981.[ 2]
KUSZA telah dinaik taraf sebagai sebuah universiti dan dikenali sebagai Universiti Darul Iman (UDM). UDM telah menjalani proses penjenamaan semula pada 14 Mei 2010 dan kemudiannya dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Nama Almarhum Sultan Zainal Abidin III Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah II, Sultan Terengganu ke-11 diguna pakai bagi mengenang jasa Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan dalam menyebarkan ilmu dan agama di negeri Terengganu.
Keputusan Kerajaan menubuhkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi satu sejarah dalam perkembangan institusi pengajian awam negara dan menjadi kebanggaan rakyat negeri Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Kronologi penubuhan UniSZA:
1981 - Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) ditubuhkan dan beroperasi di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin yang terletak di Batu Buruk, Kuala Terengganu
1985 - Perletakan batu asas penubuhan KUSZA di Gong Badak oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
2005 – Pengumuman penubuhan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005
2006 – Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) mula beroperasi pada 1 Januari 2006
2010 – UDM ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada bulan 13 Mei 2010
Pada tahun 1998, Menteri Besar Terengganu ke-10 ketika itu, YAB Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Haji Wan Ahmad merasmikan Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Ke-27 Peringkat Kebangsaan Tahun 1998 yang diadakan di Dewan Besar Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA).[ 3]
Pada 29 November 2013, logo baru UniSZA telah diperkenalkan. UniSZA kini beroperasi dengan tiga kampus iaitu Kampus Gong Badak (Kuala Nerus) sebagai kampus induk, Kampus Perubatan (Kuala Terengganu) dan Kampus Besut serta satu pejabat satelit yang beroperasi di Putrajaya.[ 2]
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI)
Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP)
Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)
Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA)
Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG)
Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi (FRIT)
Fakulti Perubatan (Sains Kejururawatan)
Fakulti Sains Kesihatan (FSK)
Pusat Asasi Sains dan Perubatan (PUSPA)
Status : Kampus Cawangan
Lokasi : Taman Ilmu Terengganu, Tembila , Besut
Pengkhususan : Farmasi, Sains Pertanian dan Teknologi
Fakulti Terbabit :
Fakulti Biosumber Dan Industri Makanan (FBIM)
Fakulti Informatik Dan Komputeran (FIK)
Fakulti Farmasi (FF)
Status : Kampus Cawangan
Lokasi : Batu Burok, Kuala Terengganu (di hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah)
Pengkhususan : Perubatan
Fakulti terbabit :
Fakulti Perubatan (MBBS)
Program Asasi:
👨🎓 Pusat Asasi Sains & Perubatan UniSZA (PUSPA)
Asasi Sains dan Perubatan
Program diploma:
👨🎓 Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI)
Diploma Pengajian Islam (Syariah)
Diploma Pengajian Islam (Usuluddin)
Diploma Pengajian Islam (Bahasa dan Kesusasteraan Arab)
Diploma Pengajian Islam (Dakwah)
Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & As-Sunnah)
Diploma Pengajian Islam (Pentadbiran Islam)
Diploma (Sejarah Tamadun Islam) *Diploma Pengajian Islam dengan Teknologi Maklumat
👨🎓 Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP)
Diploma Perakaunan
Diploma Perbankan
Diploma Insurans
Diploma Kewagan
Diploma Permasaran
Diploma Pengurusan Sumber Manusia
Diploma Perdagangan Antarabangsa
👨🎓 Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)
Diploma Teaching of English as A Second Language (TESL)
👨🎓 Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA)
👨🎓 Fakulti Sains Kesihatan (FSK)
Diploma Radiografi
Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Diploma Fisioterapi
👨🎓 Fakulti Perubatan (FP)
Diploma Sains Kejururawatan
👨🎓 Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT)
Diploma Reka Bentuk Perindustrian
Diploma Teknologi Pembuatan
👨🎓 Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK)
Diploma Teknologi Maklumat
Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia)
Program Ijazah Sarjana Muda (Bachelor):
👨🎓 Fakulti Pengajian Kotemporari Islam (FKI)
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Kaunseling dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) dengan Kepujian
*Jaluran Fatwa
*Jaluran Kehakiman
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah (Qiraat) dengan Kepujian
👨🎓 Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP)
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Risiko & Takaful) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kekayaan Islam dengan Kepujian
👨🎓 Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)
Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab dengan Kepujian
👨🎓 Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA)
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa dengan Kepujian
👨🎓 Fakulti Sains Kesihatan (FSK)
Ijazah Sarjana Muda Bioperubatan dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan dengan Kepujian
👨🎓 Fakulti Perubatan (FP)
Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS)
👨🎓 Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT)
Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian (Reka Bentuk Produk)
👨🎓 Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK)
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Internet) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media) dengan Kepujian
👨🎓 Fakulti BioSumber dan Industri Makanan (FBIM)
Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Pertanian dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Akuatik
Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Tani dengan Kepujian
👨🎓 Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG)
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial dengan Kepujian
👨🎓 Fakulti Farmasi (FF)
Ijazah Sarjana Muda Farmasi
Program Ijazah Sarjana (secara penyelidikan)- Master
Ijazah Sarjana Pengurusan (Insurans)
Ijazah Sarjana Pengurusan (Risiko)
Ijazah Sarjana Pengurusan (Perbankan)
Ijazah Sarjana Pengurusan (Kewangan)
Ijazah Sarjana Sains (Bioteknologi Sel Haiwan)
Ijazah Sarjana Sains (Bioinformatik)
Ijazah Sarjana Sains (Kultur Tisu Tumbuhan)
Ijazah Sarjana Sains (Biologi Molekul Tumbuhan)
Ijazah Sarjana Sains (Taksonomi Tumbuhan)
Ijazah Sarjana Sains (Sains Herba dan Sebatian Semula Jadi)
Ijazah Sarjana Sains (Bioteknologi Perubatan)
Ijazah Sarjana Sains (Diagnostik Molekul)
Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari (Antropologi)
Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari (Sosiologi)
Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari (Pembangunan Komuniti)
Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari (Pengajian Gender)
Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Syariah)
Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Usuluddin)
Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Hadis)
Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan tamadun Islam)
Program Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (secara penyelidikan) [Ph.D]
Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (Bioteknologi Sel Haiwan)
Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (Bioinformatik)
Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (Kultur Tisu Tumbuhan)
Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (Biologi Molekul)
Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (Taksonomi Tumbuhan)
Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (Sains Herba dan Sebatian Semula Jadi)
Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (Bioteknologi Perubatan)
Ijazah Sarjana Sains Doktor Falsafah (Diagnostik Molekul)
Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari Doktor Falsafah (Antropologi)
Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari Doktor Falsafah (Sosiologi)
Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari Doktor Falsafah (Pembangunan komuniti)
Ijazah Sarjana Sastera Kajian Kontemporari Doktor Falsafah (Pengajian gender)
Program Pendidikan :
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian
Universiti Sultan Zainal Abidin (dahulunya adalah KUSZA) telah melahirkan ramai cendekiawan, ahli akademik, ulama mahupun artis yang telah mewarnai kehidupan Malaysia amnya dan Terengganu khususnya.
Akademik
Karyawan
Artis
Sejak 2006, UniSZA telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka berasaskan teknologi Moodle yang diberi nama KeLIP.[ 4]
^ "Pentadbiran" . Universiti Sultan Zainal Abidin . Dicapai pada 10 Mei 2024 .
^ a b "Sejarah Penubuhan" . Universiti Sultan Zainal Abidin . Dicapai pada 10 Mei 2024 .
^ Safei Daud, Dato' (1998). Berita Darul Iman . Unit Penerbitan Kerajaan Terengganu. m/s. 17.
^ Mohamed Amin Embi ; Mohd Najib Adun, penyunting (2010). e-Pembelajaran di IPTA Malaysia . Selangor: Pusat Pembangunan Akademik UKM . m/s. 27–28. ISBN 978-967-5878-21-3 .
Universiti Awam dan Politeknik
Universiti Penyelidikan Universiti Komprehensif Universiti Pendidikan Universiti Teknikal Politeknik Institusi Perguruan
Universiti Swasta, Kolej Universiti, dan Kolej-kolej
Universiti Kolej Universiti Kolej-kolej
Akademi Tentera dan Polis
Akademi Tentera Akademi Polis
Pentadbiran
Persekutuan
Kementerian Jabatan Agensi Wilayah
Negeri
Sejarah
Sebelum kemerdekaan Selepas kemerdekaan
Pertubuhan
Parti Politik
Aktif Tidak aktif/Bubar Diharamkan
Pertubuhan masyarakat Bangsa Profesional Mahasiswa/Belia Gabungan persatuan Diharamkan
Kumpulan pengganas
Kehakiman Ekonomi Pendidikan
Kebudayaan
Hari kebesaran Pakaian Penerbitan Tumpuan pelancong Program dan Keraian Media
Hubungan luar
Cawangan pertubuhan Pertubuhan negara Antara negara anggota OIC
Hal berkaitan