Taylor's University | |
Nama lama | Taylor's University College (2006) |
---|---|
Moto | Wisdom, Integrity, Excellence |
Jenis | Swasta |
Ditubuhkan pada | 2006 |
Penggabungan | Taylor's Education Group |
Naib Canselor | Barry Winn |
Alamat | No.1, Jalan Taylor's 47500 Subang Jaya Selangor Darul Ehsan Malaysia , , , |
Kampus | Kampus Tepi Tasik |
Warna | Hitam dan Merah |
Laman sesawang | university |
Universiti Taylor's (bahasa Inggeris: Taylor's University ) juga dikenali sebagai Taylor's ialah sebuah universiti swasta di Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Ia merupakan universiti swasta terb Malaysia berdasarkan QS World University Rankings.[1][2]
Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1969 sebagai sebuah kolej, kemudian dinaikkan ke status kolej universiti pada tahun 2006 dan diberi status universiti pada tahun 2010.
Taylor's University ialah sebahagian daripada Kumpulan Pendidikan Taylor's, yang turut merangkumi British University Vietnam, Kolej Taylor's, Sekolah Antarabangsa Garden, Sekolah Antarabangsa Nexus, Sekolah Antarabangsa Australia Malaysia dan Sekolah Antarabangsa Taylor's.
Pada tahun 2006, Taylor's telah dianugerahkan status 'Kolej Universiti',[3] yang menghasilkan dua identiti berbeza di bawah cabang pendiditkan tinggi jenama tersebut – Kolej Taylor's dan Kolej Unviersiti Taylor's.
Kerja-kerja pembinaan Kampus Tepi Tasik Universiti Taylor's di Subang Jaya, yang bernilai RM450 juta, bermula pada awal tahun 2007 dan selesai pada Januari 2010.
Taylor's secara rasmi dianugerahkan sebagai status universiti penuh pada September 2010[4] oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, menjadikannya salah satu institusi pengajian tinggi swasta terkemuka di negara ini.[2]
Pada 2011, universiti ini menerima Anugerah Penghormatan Khas daripada Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) dalam Kategori 3: Anugerah Profesional dalam Reka Bentuk dan Perancangan Landskap.[5] Kampus Tepi Tasik ini telah dianugerahkan dalam ketiga-tiga kategori bangunan iaitu Reka Bentuk Dalaman, Seni Bina dan Landskap.
<ref>
tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza