Untuk Negeri Kita

Untuk Negeri Kita
Jata Negeri Pulau Pinang.

Lagu Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang
LirikAwaluddin Zainal Alam
MuzikAwaluddin Zainal Alam
Diguna pakai1972
Sampel audio
Rakaman instrumental lagu

Untuk Negeri Kita (Jawi: اونتوق نڬري كيت) merupakan lagu negeri Pulau Pinang, Malaysia.[1] Ia dikarang sepenuhnya oleh Mantan Leftenan Kedua Allahyarham Awaluddin Zainal Alam yang menyerahkannya kepada pertandingan yang dibuat untuk memilih lagu negeri. Ia memenangi pertandingan itu pada 15 November 1972 dan diperkenalkan dan dimainkan buat kali pertama pada 22 Disember tahun sama, semasa sambutan hari jadi Gabenor Pulau Pinang, Tun Syed Sheh Hassan Barakbah di Stadium Bandaraya di ibu negeri George Town.[2][3]

Rentak gubahan lagu negeri Pulau Pinang diubah suai pada tahun 1993 daripada tempo yang lebih perlahan kepada tempo yang lebih pantas hari ini.[4] Tindakan khusus ini yang diumumkan oleh Ketua Menteri ketika itu, Koh Tsu Koon, dikatakan mencerminkan semangat dan dinamisme rakyat Pulau Pinang terhadap kemajuan negeri ini.

Tulisan Rumi [5][6] Tulisan Jawi

Selamat Tuhan kurniakan, [5][6]

Selamat Pulau Pinang, [5][6]

Negeriku yang mulia, [5][6]

Kutaat dan setia, [5][6]

Aman dan bahagia. [5][6]

Majulah, jayalah, [5][6]

Negeriku yang ku-cinta, [5][6]

Bersatu dan bersama, [5][6]

Untuk negeri kita. [5][6]

،سلامت توهن كورنياكن
،سلامت ڤولاو ڤينڠ
،نڬريكو يڠ موليا
،كوتاعت دان ستيا
،امن دان بهاڬيا
،ماجوله، جايله
،نڬريكو يڠ كوچينتا
،برساتو دان برسام
،اونتوق نڬري كيت

Penggunaan

[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan semua majlis rasmi yang diadakan di dalam negeri Pulau Pinang, lagu negeri Pulau Pinang mesti dimainkan selepas lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku. Lagu negeri mesti dinyanyikan mengikut lirik Melayu rasmi. Bendera Pulau Pinang turut dinaikkan serentak dengan nyanyian lagu negeri. Setiap orang yang hadir mesti berdiri memberi perhatian semasa menyanyikan lagu negeri.

Selain itu, lagu negeri dinyanyikan seminggu sekali di semua sekolah kebangsaan di seluruh Pulau Pinang.

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]


  1. ^ Wong Chun Wai (4 January 2014). "Penang's Kelawi Road where the Eurasians set words to music". The Star. Dicapai pada 4 January 2017.
  2. ^ The story behind the Penang state anthem
  3. ^ Anthem reflects multi-racial element
  4. ^ Goh, Beng-Lan (2002). Modern Dreams: An Inquiry Into Power, Cultural Production, and the Cityscape in Contemporary Urban Penang, Malaysia. SEAP Publications. ISBN 9780877277309.
  5. ^ a b c d e f g h i j Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Negeri Pulau Pinang - Untuk Negeri Kita". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  6. ^ a b c d e f g h i j My Penang. "Lagu Negeri Pulau Pinang - Untuk Negeri Kita". mypenang.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]