Upacara sewang ialah sebuah tarian tradisional bagi masyarakat orang asli di Semenanjung Malaysia.[1] Upacara ini merupakan satu upacara berbentuk ritual perubatan yang bertujuan mengubat dari penyakit yang disebabkan oleh semangat jahat. Terdapat beberapa jenis seweng, bergantung kepada tujuan ia dilakukan. Antaranya adalah:-[perlu rujukan]
Semasa upacara sewang dilakukan, alatan muzik tradisi seperti buluh cehtong akan dimainkan bagi mengiringi bacaan mentera oleh Tok Halak yang biasanya mengetuai upacara tersebut.