Vladimir Guerrero

Vladimir Guerrero
Guerrero bersama Angels pada 2007
Right fielder / Designated hitter
Dilahirkan: (1975-02-09) 9 Februari 1975 (umur 49)
Nizao, Republik Dominika
Pukulan: Right Balingan: Right
MLB debut
19 September, 1996, untuk Montreal Expos
Penampilan MLB terakhir
28 September, 2011, untuk Baltimore Orioles
Statistik MLB
Purata pukulan.318
Pukulan2,590
Home run449
RBI1,496
Pasukan
Kerjaya cemerlang dan anugerah
Ahli National
Baseball Hall of Fame
Pelantikan2018
Undian92.9% (cabutan kedua)

Vladimir Guerrero Alvino[a] (lahir 9 Februari 1975), digelar "Vlad the Impaler",[1] ialah bekas pemain besbol profesional Dominika yang menghabiskan selama 16 musim di Major League Baseball (MLB) sebagai right fielder dan designated hitter. Beliau telah beraksi untuk pasukan Montreal Expos, Anaheim Angels / Los Angeles Angels of Anaheim, Texas Rangers dan Baltimore Orioles.[2]

Sebanyak 9 kali dicalonkan sebagai Pemain All-Star, Guerrero dilihat sebagai pemain yang mempunyai daya pukulan hebat serta kemampuan pertahanannya yang memukau apabila beliau memiliki otot lengan yang kuat.[3] Pada tahun 2004, beliau telah diundi sebagai Pemain Terbaik American League (AL). Guerrero telah membantu pasukan Angels untuk menjuarai lima kejuaraan AL West antara tahun 2004 dan 2009 serta diundi sebagai salah seorang pemukul yang paling digeruni dalam besbol pada undian 2008 yang melibatkan kesemua 30 orang pengurus MLB.[4]

Dikira sebagai "bad-ball hitter", Guerrero merupakan pemain konsisten di luar zon strike. Bahkan pada 14 Ogos 2009, beliau turut memukul bola yang dilemparkan ke arah hadapan plat rumah dalam keadaan ia melantun di atas tanah.[5] Dengan gaya pukulan yang agresif, beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 pukulan home run dalam tiap-tiap lapan musimnya serta mencapai 100 RBI sebanyak 10 kali di samping beliau melakukan rekod sekurang-kurangnya 65 walks pada dua musim.[6] In the first pitch of an at-bat, Guerrero hit 126 home runs and put 1,780 balls in play.[7]

Pada 26 September 2011, Guerrero telah meleburkan rekod Julio Franco sebagai pukulan terbanyak di MLB sepanjang zaman oleh pemain Dominika sebelum rekod beliau dipintas oleh Adrián Beltré pada tahun 2014. Beliau telah disenaraikan ke dalam Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan pada tahun 2018.[8] Pada tahun 2021, Guerrero bersama anaknya, Vladimir Jr. menjadi gandingan anak dan bapa kedua dalam sejarah MLB yang masing-masing memiliki 40 home run semusim dalam karier mereka, sekali gus menyertai rekod Cecil dan Prince Fielder.[9] Statistik purata pukulan beliau iaitu .318 merupakan yang tertinggi daripada mana-mana pemain yang beraksi kebanyakannya pada abad ke-21.

  1. ^ Anak Vladimir, Vladimir Guerrero Jr. memiliki nama keluarga sebelah ibu yang berbeza masing-masing: Alvino dan Ramos.
  1. ^ Landrey, Corinne (December 17, 2016). "Vlad Guerrero's uniform number is etched into the side of a hill he owns in the Dominican Republic". MLB.com. Dicapai pada November 17, 2021.
  2. ^ name=":0">"Vladimir Guerrero Stats". Baseball-Reference.com. Sports Reference LLC. 2019. Dicapai pada May 16, 2019.
  3. ^ Paine, Neil (January 24, 2018). "Vladimir Guerrero's Best Games Were In Montreal — And No One Saw Them". FiveThirtyEight. Dicapai pada January 26, 2018.
  4. ^ Stark, Jayson (April 24, 2008). "Identifying the most feared hitter in the bigs". ESPN.com. ESPN Inc. Dicapai pada May 16, 2019.
  5. ^ name="video">"Video: Guerrero's bloop single". MLB.com. Major League Baseball. August 14, 2009. Dicapai pada May 16, 2019. Vlad Guerrero hits a one-bounce pitch and bloops one into shallow outfield while the Angels score on O's throwing error
  6. ^ name=":0"
  7. ^ Posnanski, Joe (January 17, 2017). "Ballot 10: Vlad and Manny". joeposnanski.com. Joe Posnanski. Dicapai pada May 16, 2019.
  8. ^ Sharon, Keith (July 28, 2018). "Hall of Famers Vladimir Guerrero, Trevor Hoffman show baseball's place in Orange County's heart". Orange County Register. Digital First Media. Dicapai pada July 31, 2018. On Sunday, Guerrero and Trevor Hoffman will join Alan Trammell, Jack Morris, Chipper Jones and Jim Thome as the 2018 inductees into the National Baseball Hall of Fame in Cooperstown, New York.
  9. ^ "With 40th HR, Vlad joins rare father-son club". MLB.com.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]