Warfare 1917

Warfare 1917
PembangunConArtist
PenerbitArmor Games
Pengatur caraConArtist
PlatformFlash
Pelepasan19 September 2008
GenreStrategi
ModPemain tunggal

Warfare 1917 adalah permainan Flash strategi yang berlatar belakang semasa Perang Dunia Pertama, yang dibangunkan oleh pengatur cara dari Australia bernama ConArtist dan diterbitkan oleh Armor Games.

Dalam Warfare 1917, pemain memerintahkan askar untuk merampas tanah dan parit semasa melawan musuh yang diatur carakan. Unit dalam permainan seperti Riflemen, Machine Gunners, Assault, Officers, Sharpshooters, dan Tank boleh digunakan dalam kedua-dua kempen British dan Jerman dan mod custom.[1] Senjata sokongan juga boleh dipanggil di bawah arahan, tetapi seperti unit lain, mesti menunggu untuk segar semula terlebih dahulu. Permainan ini juga membolehkan pengguna menetapkan level sendiri untuk pertempuran Skirmish.[2]

Permainan ini menerima ulasan yang baik secara umum.[3][1][2] Sekuelnya Warfare 1944 kemudian dibuat menampilkan paksi Amerika Syarikat dan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.[4]

  1. ^ a b "Warfare 1917 Review" (dalam bahasa Inggeris). Jay is Games. 16 Disember 2008. Dicapai pada 24 September 2011.
  2. ^ a b Anthony Gallegos (17 April 2009). "TGIF: This Game is Free #1: Warfare 1917". Gamespy (dalam bahasa Inggeris). IGN Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Ogos 2009. Dicapai pada 16 Jun 2012.
  3. ^ "It'll All Be Over By Lunchtime: Warfare 1917". Rock, Paper, Shotgun (dalam bahasa Inggeris). 29 September 2008.
  4. ^ "Warfare 1944". Dicapai pada 4 April 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]