Webmonkey ialah laman web tutoran dalam talian yang terdiri daripada pelbagai rencana tentang membina laman sesawang dari bahagian belakang ke bahagian depan. Tapak ini merangkumi banyak sudut pembangunan web seperti pengaturcaraan, pangkalan data, multimedia dan penyediaan muka depan web. Kandungannya dipapar seperti majalah Wired, tetapi untuk belajar tentang reka bentuk kandungan web. Webmonkey mempunyai kandungan yang terpakai kepada pengguna lanjutan dan pengguna internet baharu yang berminat dengan teknologi asas web.
Webmonkey dilancarkan pada bulan Ogos 1996.[1]
Pada tahun 1999, Webmonkey memperkenalkan Webmonkey Kids, laman tutoran reka bentuk web untuk kanak-kanak.[2]
Webmonkey ditutup pada Februari 2004 berikutan pemberhentian pekerja pada bahagian AS bagi syarikat induknya, Lycos.[1] Ia dibuka semula pada Februari 2006.[3]
Pada Mei 2008, Webmonkey telah diperoleh oleh Condé Nast Publications, syarikat yang menerbitkan majalah Wired. Ia dilancarkan semula buat sementara waktu sebagai sebuah wiki,[4] tetapi ditukar semula disebabkan masalah pengespaman.[5] Sebaliknya, laman web Webmonkey sentiasa dikemas kini dengan artikel baharu oleh Scott Gilbertson sehingga Mei 2013, apabila ia diputuskan untuk berhenti menghasilkan kandungan.[6] URL webmonkey telah diubah hala ke wired.com.
<ref>
tidak sah, nama "rip" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza