Wedding Dress | |
---|---|
Pengarah | Kwon Hyung-jin |
Penulis | Yoo Young-ah |
Dihasilkan oleh | Choi Sun-joong Choi Pyeong-chan |
Dibintangi | Song Yun-ah Kim Hyang-gi Yang Jin-sung |
Sinematografi | Balek Dong-hyeon |
Disunting oleh | Park Gok-ji Jeong Jin-hui |
Muzik oleh | Mok Young-jin |
Syarikat penerbitan | Road Pictures |
Tarikh tayangan | 14 Januari 2010 |
Masa tayangan | 109 Minit |
Negara | Korea Selatan |
Bahasa | Bahasa Korea |
Wedding Dress adalah filem dari Korea Selatan yang diarahkan oleh Kwon Hyung-jin. Filem ini dibintangi oleh Song Yun-ah dan Kim Hyang-gi sebagai watak utama.
Filem ini mengisahkan tentang seorang perancang busana pengantin wanita yang bernama Seo Go-woon (Song Yun-ah) yang mempunyai seorang anak perempuan yang kecil bernama Jang So-ra (Kim Hyang-gi). Cerita ini dimulakan dengan gaun yang tertukar yang mesti dipakai oleh seorang pengantin. Go-woon disuruh untuk menghantar gaun tersebut. Sementara di sekolah So-ra hujan turun dengan lebat dan So-ra tidak membawa payung. Ia menunggu sehingga hujan berhenti. Ibunya pun datang menjemputnya dengan cepat dan mereka sama-sama menghantar baju pengantin yang tertukar ke tempat acara majlis.
Seo Go-woon sangat sibuk dengan pekerjaannya tersebut, sedangkan So-ra selalu kurang diperhatikan sehingga ia menjadi anak yang degil dan tidak peduli pada orang-orang sekitarnya. Mungkin kerana sering ditinggal oleh ibunya untuk bekerja. So-ra menjadi anak yang terlalu dewasa lebih daripada usianya yang masih kecil. So-ra ialah seorang anak yang tertutup. Dia cergas namun tidak boleh bergaul dengan baik dengan kawan-kawan sebayanya. Setiap kali ibunya menghantarkannya ke tempat khusus balet jesturu So-ra tidak suka ke kelas Taekkyon di ruang sebelahnya dan ia berbual dengan guru taekkyon yang sangat pemalu dan sedang patah hati. Dalam masa sekejap saja, ibunya berubah. Selalunya ibu So-ra ialah seorang suka bekerja. Ia menghabiskan masanya di pejabat. Malah So-ra selalu diajak ke pejabatnya.