Weston | |
---|---|
Etimologi: Sugin Lawas | |
Koordinat: 5°12′59″N 115°35′39″E / 5.21639°N 115.59417°EKoordinat: 5°12′59″N 115°35′39″E / 5.21639°N 115.59417°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Bahagian Pedalaman, Sabah |
Ditubuhkan | 1896 |
Daerah | Beaufort |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Daerah Beaufort |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 334 |
Populasi di sekitar Weston sahaja. | |
Zon waktu | MST |
Weston adalah sebuah pekan yang terletak di pesisir pantai barat Sabah, Malaysia. Terletak di Bahagian Pedalaman Sabah, didalam Daerah Beaufort kira-kira 100 kilometer ke selatan Kota Kinabalu. Weston adalah salah satu pekan yang terletak di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo.
Nama asal Weston ialah "SUGIN LAWAS" bersempena dengan kedudukannya menempel dikawasan Teluk Brunei yang seolah-olah sebagai sugin di pipi (muka) seseorang. Kemudian namanya ditukar kepada "WEST TOWN" mengambil sempena nama seorang Pegawai British A.J. West yang merancang dan membina landasan keretapi dari Beaufort ke Weston. Sebutan orang Brunei (suku kaum majoriti Pekan ini), yang membunyikan perkataan "WEST TOWN" sebagai "WESTON" akhirnya menjadikan Pekan "West Town" menjadi Pekan "Weston" sekarang ini.[1]
A.J. West juga pernah mencadangkan Pekan Weston sebagai Ibu Negeri North Borneo berdasarkan kedudukannya dekat dengan Pulau Labuan dan laluan produk-produk pertanian (getah) keluar (Ke Malaya/Singapura - pada masa itu dan terus ke England - destinasi akhir). Selanjutnya, kedudukan pelabuhannya yang berada didalam Teluk Brunei, terlindung dari tiupan angin ribut dan juga amat sesuai dari segi keselamatan serta mudah diawasi dari serangan lanun-lanun pada masa itu, menjadikan Pekan Weston dicadangkan sebagai Ibu Negeri North Borneo pada masa itu. Namun cadangan ini terpaksa dibatalkan disebabkan kawasan perairan Teluk Brunei (dimana terletaknya Pekan Weston) cetek dan tidak sesuai/tidak dapat menampung keperluan kapal-kapal besar yang akan membawa produk-produk pertanian (getah).
Semasa Perang Dunia II, Pekan Weston menjadi tempat pertama dimana kapal-kapal Tentera Jepun dari Pulau Labuan, mendarat di Tanah Besar North Borneo. Dari Pekan Weston tentera Jepun terus mara ke Beaufort dan menguasai Pekan Beaufort.
Dalam Disember 1962, dimana Pemberontakan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) berlaku di Negara Brunei (diketuai oleh A.M Azahari - Ketua Parti Rakyat Brunei) Pekan Weston juga terlibat dimana beberapa orang penduduk tempatan Kg. Lubuk Weston melancarkan tindakan ala tentera, menahan seorang anggota polis, dan seorang Pegawai Khas USNO serta merampas senjata api polis dan Pegawai Khas berkenaan. Satu insiden tembak-menembak terjadi diantara TNKU dan beberapa orang polis dari Daerah Sipitang (dalam sebuah bot polis) yang datang mahu menyiasat apa yang berlaku. Pihak polis apabila diserang hendap di Pelabuhan Pekan Weston, terpaksa berpatah balik ke Sipitang. TNKU berhasil menguasi Pekan Weston selama satu hari satu malam sebelum tentera kerajaan dari Ibu Negeri (Jesselton pada masa itu) membebaskan Pekan Weston dari cengkaman - TNKU.
Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Weston pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;
Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[2] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Melayu Brunei | Kadazan/Dusun | Bajau | Murut | Bumiputera Lain | Cina | India | Lain-lain | Bukan Warganegara Malaysia | Jumlah Keseluruhan |
2010 | 243 | 23 | 11 | 5 | 33 | 16 | 1 | - | 2 | 334 |
2020 (Akan Datang) |
Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Weston pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;
Jantina[2] | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lelaki | Perempuan | Jumlah | ||
2010 | 155 | 179 | 334 |