Whoscall merupakan satu aplikasi telefon bimbit yang boleh membantu pengguna mengenalpasti identiti pemanggil apabila nombor yang tidak dikenali cuba membuat panggilan. Aplikasi ini dibangunkan dan diperkembangkan oleh sebuah syarikat pembangunan aplikasi Taiwan yang bernama Gogolook. Aplikasi ini membolehkan pengguna mengenalpasti sama ada panggilan tersebut merupakan panggilan penting seperti panggilan perniagaan ataupun panggilan yang tidak diingini. Ia juga dapat menguruskan nombor dengan menyekat nombor atau kata kunci tertentu. Selain itu, ia telah membangunkan pangkalan data luar talian yang oleh muat turun. Aplikasi ini dapat digunakan dengan sistem telefon bimbitAndroid ataupun Windows telefon dalam 10 bahasa.
Ia telah terpilih sebagai Aplikasi Terbaik Google Play pada tahun 2013 dalam 8 buah negara di seluruh Asia.[1] Pada tahun 2013, syarikat Naver mengambil alih syarikat Gogolook.[2] Kini servis whoscall telah merangkumi Taiwan, Hong Kong, Korea, Amerika Syarikat, Singapore, India, Thailand, Malaysia dan negara-negara lain seramai 38 buah negara.
Mengenalpasti Identiti Pemanggil Serta-merta membantu pengguna mengenalpasti identiti pemanggil masuk yang bukan dalam kenalan telefon, bagi masa kepada pengguna supaya bersedia untuk menjawab panggilan penting atau mengabaikan panggilan yang tidak digemari.
Sekat Nombor atau Kata Kunci membolehkan pengguna untuk sekat nombor dengan satu butang selepas tamat panggilan tersebut. Anda juga boleh sekat kata kunci dalam tag, seperti menyekat semua nombor yang mengandungi kata kunci yang tertentu dalam hasil pencarian. Pengguna juga boleh menyekat semua nombor yang bermula dengan 018, ataupun menyekat nombor antarabangsa.
Pengendalian Nombor membantu pengguna mengendali nombor dalam kumpulan. Fungsi ini membolehkan pengguna membahagikan senarai kenalan yang berbeza dari kenalan yang disimpan dalam telefon bimbit.
Pangkalan Data Luar Talian membolehkan pengguna melakukan pencarian butiran nombor yang tidak dikenali walaupun tiada sambungan talian internet. Fungsi ini juga menghasilkan hasilan pencarian dengan lebih pantas. Fungsi ini merupakan pilihan fungsi percuma yang boleh dimuat turun.
Whoscall ShowCard merupakan sistem yang membolehkan pengguna Whoscall mereka ShowCard yang khas untuk perniagaan sendiri dengan menyunting maklumat yang dipamerkan ketika membuat panggilan keluar.
Laporkan Nombor yang tidak disenangi dan kongsikan kepada komuniti pengguna
Whoscall ShowCard disediakan untuk pengguna Whoscall mereka halaman maklumat dan kad nama yang tersendiri apabila membuat panggilan keluar. Selain itu, pengguna Whoscall yang menerima panggilan tersebut boleh melayari halaman maklumat melalui tetingkap lepas panggilan. Maklumat mengenai pemanggil sebelum ini dan informasi produk perniagaan sepertimana yang dikemukakan boleh didapati dengan senang.
Konsep aplikasi ini ditubuhkan oleh tiga orang pengasas yang kemudiannya menubuh dan mengendali Gogolook. Inspirasi mereka aplikasi ini adalah untuk membantu orang ramai supaya dapat mengenalpasti panggilan oleh nombor yang tidak dikenali.Tiga pengasas mengambil masa hujung minggu mereka untuk berhimpun dan membincang tentang aplikasi dan teknologi terkini. Pernah sekali semasa perhimpunan mereka, salah seorang pengasas menerima panggilan telefon dan meminta orang lain untuk mencari informasi tentang nombor yang tidak diketahui itu. Mereka mendapati rupa-rupanya bukan senang untuk mendapat informasi dari nombor yang tidak dikenali, sama ada mencari nombor dari forum ataupun laman web perniagaan. Jadi, timbullah niat untuk mencipta aplikasi yang melaksanakan pencarian informasi panggilan yang tidak dikenali agar tidak terlepas panggilan penting juga tidak ditipu oleh panggilan pancingan atau penipuan.[3]
Versi pertama telah dilancarkan pada Ogos 2010. Ia telah mendapat pujian dari Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Google, Eric Schmidt semasa lawatannya ke Taiwan pada tahun 2011. Beliau berkata, “ Satu aplikasi yang bernama Whoscall boleh beritahu siapa belakang satu nombor yang tidak diketahui. Ia mendapat sambutan dan kembangan yang laju. Dan ia berasal dari Taiwan.”[4]
Pada April 2012, ketiga-tiga pengasas tersebut mengambil keputusan untuk memberi tumpuan yang sepenuh hati dengan berhenti kerja mereka asalnya dan menubuhkan Syarikat Gogolook Sdn.Bhd. Gogolook telah mendapat pembiayaan dari Trinity Investment dan pelabur pelabur lain.[5] Pada tahun 2013, Naver, sebuah syarikat gergasi yang menguasai carian web Korea, telah mengambil alih Gogolook untuk jumlah yang tidak didedahkan, dan whoscall telah dinama sebagai LINE whoscall.[6]
Pada 25hb November 2014, Whoscall menerbitkan pemberitahuan pada versi Android bahawa tempoh promosi pelepasan whoscall dengan LINE akan ditamatkan dan LINE whoscall akan dinamakan semula sebagai Whoscall pada 16hb Disember 2014.
Whoscall ditulis sebagai "Whoscall" dengan huruf besar "W" dan huruf kecil "c".
Whoscall telah muncul dalam beberapa media antarabangsa terkemuka termasuk TechCrunch[7], TechinAsia[8] dan e27.[9] Ulasan positif dan sambutan hangat yang luar biasa diterima oleh Whoscall. Selain itu, Whoscall telah mendapat penilaian bintang sebanyak 4.4 dan menerima Anugerah Inovasi dari Google Play Taiwan pada tahun 2013.[10]
Pada tahun yang sama, Whoscall juga mendapat penghargaan sebagai Aplikasi Terbaik Google Play Tahun 2013 di Taiwan, Hong Kong, Singapura, Filipina, Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand.
Whoscall mendapat kepujian dari Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Google, Eric Schmidt semasa lawatannya ke Taiwan pada tahun 2011. Beliau berkata, “ Satu aplikasi yang bernama Whoscall boleh beritahu siapa belakang satu nombor yang tidak diketahui. Ia mendapat sambutan dan kembangan yang laju. Dan ia berasal dari Taiwan.”[4]
Whoscall V3.2.0 dikemas kini pada 3hb Julai 2012. Pengguna yang menggunakan aplikasi anti-virus Dr. Web dari Rusia mengatakan bahawa Whoscall dikesan kebimbangan keselamatan. Petang hari itu pasukan whoscall berhenti propaganda global dan dialih keluar dari Google Play pada hari berikutnya. Kemaskini Dr. Web pada pukul 4 pagi menyatakan amaran tersebut merupakan kesalahan Dr. Web. Whoscall kembali ke rak aplikasi pada pukul 6 petang.
Pada 4hb Julai 2012(sebulan selepas kemaskini Whoscall), nyahpasang pengguna Timur Tengah meningkat sebanyak 150% kerana Whoscall telah menukar ikon baru dan tidak menyokong Bahasa Arab dan menyebabkan pengguna tidak memahami kegunaan Whoscall. Selain itu, pendaftaran dengan nombor telefon juga menyebabkan pengguna Timur Tengah berasa privasi mereka terancam. Pasukan Whoscall membuat keputusan untuk menukar balik ikon lama dan menukar pendaftaran pengguna dengan menggunakan alamat Emel. Pada 14hb Oktober 2012, pelepasan Bahasa Arab Konsol Google Play membantu pasukan Whoscall mengeluarkan versi Bahasa Arab. Sejak itu, pengguna Whoscall di Timur Tengah bertambah secara empat kali ganda dan aplikasi Whoscall menjadi tempat kedua dalam aplikasi jenis Perniagaan.
Pada tahun 2014, Presiden Taiwan telah menyebut syarikat Gogolook dan merujuk beliau, syarikat ini merupakan contoh kreativiti dan menunjukkan potensi pemuda-pemudi Taiwan.[11]
Pada bulan April 2014, terdapat kebimbangan pengguna mengenai isu-isu privasi masyarakat mungkin terdedah dan muncul di skrin panggilan masuk. Googlook telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah mengumpul atau menyimpan maklumat peribadi. Hal ini juga menyedarkan masyarakat bahawa maklumat peribadi yang terdedah di internet boleh didapati melalui enjin carian di mana sumber-sumber. Whoscall kemudianya dihargai sebagai alat yang mengelakkan panggilan telepemasaran dan panggilan gangguan, tetapi juga mengingati masyarakat tentang kemungkinan penyebaran maklumat peribadi.[12]
27hb Mac 2015, penempatan produk dalam Drama television Taiwan membantu meningkatkan jumlah muat turun sebanyak 20 kali ganda.
Sebab peristiwa: Pengguna mendapati skrin panggilan Whoscall akan memaparkan maklumat peribadi pemanggil seperti nama, alamat, nombor kad ID dan jawatan yang dipegang. Whoscall disyaki menggodam peranti mudah alih dan mendapatan maklumat peribadi pengguna.
Proses Peristiwa: Ramai pengguna menguji dan mendapati aplikasi Whoscall mendapat maklumat tersebut melalui enjin carian dan maklumat peribadi tersebut sebenarnya terdedah di mana-mana internet.
Akibat Peristiwa: Pasukan pembangunan Whoscall menjelaskan bahawa aplikasi Whoscall hanya terdapat fungsi pencarian melalui internet dan tidak akan menggodam peranti mudah alih. Maklumat peribadi akan dipaparkan jika pengguna pernah meninggalkan nombor telefon di mana-mana sumber internet.
Sebab peristiwa: Kemaskini Whoscall pada 7hb Januari 2014 menukarkan aplikasi tersebut daripada aplikasi yang terbayar kepada yang percuma. Ini telah menyebabkan pengguna yang terbayar tidak memuas hati.
Proses Peristiwa: Ramai pengguna terbayar mengadu, kemudiannya Whoscall menjelaskan keraguan pengguna dan membuat bayaran balik kepada pengguna terbayar.
Akibat Peristiwa: Semua pengguna terbayar atas Google Play mendapat bayaran balik dan menerima permohonan maaf dari pasukan pembangunan Whoscall. Manakala pengguna terbayar atas App Store boleh memohon bayaran balik menerusi saluran permohonan yang tersedia.
Whoscall disyaki mengumpul data panggilan pengguna
Sebab peristiwa: Pada 2hb September 2015, pihak Whoscall telah mengumunkan data pembelian telefon Kad Easycard edisi khas di Taiwan atas halaman Facebook termasuk Jumlah panggilan, Jumlah panggilan individu, jumlah laporan dan jumlah simpanan.
Proses Peristiwa: Pengguna memeriksa paket data Whoscall dan mendapati Whoscall akan merekod data panggilan pengguna seperti lokasi, masa, rangkaian, jenis telefon dan keputusan panggilan. Ada pengguna memeriksa kenyataan dasar privasi pengguna dan mendapati kenyataan tersebut tidak menjelaskan aktiviti merekod data panggilan.
Akibat Peristiwa: Pihak Whoscall menjelaskan kegiatan merekod data panggilan adalah untuk menjalankan pencarian dalam Komputer pelayan Whoscall supaya mengelakkan pengguna Whoscall terjawab atau terpanggil nombor yang tidak disenangi atau berniat jahat. Analisis data tersebut tidak mengandungi maklumat peribadi pengguna dan Whoscall telah mendapat kebenaran untuk membuat rekod ketika pengguna ingin memasang Whoscall.