William Barak (atau juga William Beruk, s. 1824 – 15 Ogos 1903) ialah seorang ketua suku asli (ngurungaeta, elder) Wurundjeri-willam yang menduduki kawasan terangkum dalan Melbourne moden, Australia.
Beliau bertanggungjawab dalam penyimpanan dan pencatatan sejarah lisan suku asli beliau. Pada usia tuanya, beliau terkenal mengkaryakan gambaran upacara-upacara adat Wurundjeri baik bentuk lukisan serta menukang senjata tradisi yang menarik perhatian dalam dan luar Australia.[1] Atas usaha inilah beliau dianggap antara pengkarya seni Aborigin Australia (atau "Aborigin") paling utama pada abad ke-19.[2]