Wisma Putra | |
---|---|
Maklumat umum | |
Status | Siap dibina |
Lokasi | Putrajaya |
Negara | Malaysia |
Koordinat | 2°55′34″N 101°41′35″E |
Dibuka pada | 17 September 2001 |
Pemilik | Kerajaan Persekutuan |
sunting · sunting di Wikidata |
Wisma Putra merujuk kepada Kementerian Luar Negeri Malaysia. Ia juga merupakan nama bagi Kompleks Kementerian Luar Negeri yang terletak di pusat pentadbiran Malaysia, Putrajaya.
Nama Wisma Putra ini merupakan nama yang diberikan untuk bangunan Kementerian Luar Negeri yang asal yang dibina di Jalan Wisma Putra, Kuala Lumpur pada 1966. Nama "Putra" diberikan sebagai penghargaan kepada bapa kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, memandangkan kementerian didirikan di tapak kediaman rasmi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu itu. Seluruh kementerian berpindah ke Putrajaya pada 17 September 2001.
Apabila kementerian berpindah ke bangunan yang lebih besar di Putrajaya, nama Wisma Putra turut di bawa ke sana.