Witch Craft Works (ウィッチクラフトワークスcode: ja is deprecated , Witchikurafuto Wākusu) ialah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Mizunagi Ryu. Adaptasi siri anime televisyen arahan Mizushima Tsutomu di bawah studio J.C.Staff kini disiarkan di Jepun.
Takamiya Honoka ialah pelajar biasa di mana masalahnya ialah duudk bersebelahan dengan Kagari Ayaka. Dia mendapati Ayaka mempunyai kemahiran dalam pen dan bakat, mempunyai muka dan tubuh badan yang menarik dan semua orang memanggilnya puteri. Apabila Honoka terlibat dalam insiden 'Witch of The Tower', dia baru didedahkan bahaya Ayaka adalah ahli sihir yang dihantar untuk melindunginya. Sejak daripada itu, kehidupan persekolahan yang biasa telah mengalami perubahan, dia juga perasan bahawa rakan sekelasnya juga tidak seperti yang disangkakan.
Honoka Takamiya (多華宮 仄code: ja is deprecated , Takamiya Honoka)
Disuarakan oleh: Yusuke Kobayashi
Pelajar tahun dua yang belajar di sekolah tinggi. Dia seorang yang peramah dan sangat suka pada alam semulajadi. Haiwan kesukaannya ialah penguin. Dia duduk bersebelahan dengan Ayaka tapi mereka tidak pernah berinteraksi antara satu sama lain sehinggalah dia diserang oleh kumpulan yang dipanggil Tower Witches dan dia telah diselamatkan oleh Ayaka. Salah satu alasan kenapa Honoka diserang ialah di dalam badan Honoka terdapat Evermillion iaitu White Princess
Ayaka Kagari (火々里 綾火code: ja is deprecated , Kagari Ayaka)
Idola di sekolah dan merupakan anak perempuan kepada pengerusi sekolah tinggi Fuyutsuki. Ayaka ialah 'Workshop Witch' yang cantik, bijak dalam akademik dan cemerlang dalam sukan. Dia ialah "Fire Witch" (炎の魔女code: ja is deprecated ) yang boleh manipulasi dan mengawal api. Dia telah diamanahkan untuk menlidungi Honoka, tapi Honoka langsung tidak perasan. Misinya ialah melindungi Honoka bukan saja daripada serangan Tower Witches tapi juga daripada pelajar lain yang sering bulinya.
Adik perempuan kepada Honoka dan juga merupakan "Workshop Witches" yang telah ditugaskan untuk melindungi Honoka apabila berada di ruamah dan juga apabila cuti sekolah. Sikapnya sangat kontra dengan Honoka yang pendiam. Dia memiliki seekor patung beruang Teddy yang boelh berubah menjadi mecha gergasi pertarungan. Dia amat cemburu dengan Ayaka dan sering bertarung dengannya.
Kazane Kagari (火々里 かざねcode: ja is deprecated , Kagari Kazane)
Ibu kepada Ayaka dan pengerusi sekolah tinggi Fuyutsuki. Pada waktu yang sama dia juga merupakan ketua Workshop Witches. Sikapnya amat berbeza dengan Ayaka. Dia seorang yang panas baran, kejam da tidak boleh bertolerasi dengan sesiapa. Dia merupakan penjaga bandar ini kerana memiliki kuasa magik yang sangat kuat dan hebat.
Salah seorang Tower Witch. Dia merupaka gadis yang memiliki telinga haiwan. Dia orang pertama yang menyerang Honoka dan menyebabakan Honoka sedar kewujudan dunia magik. Selepas kalah kapada Ayaka, dia dan teman-temannya pindah ke sekolah Fuyutsuki di mana Honoka dan Ayaka belajar. Dia memiliki mecha arnab yang dipanggil 'Hunter'
Kanna Utsugi (宇津木 環那code: ja is deprecated , Utsugi Kanna)