Yenny Wahid

Yenny Wahid di Forum Ekonomi Dunia Asia Timur 2011

Zannuba Ariffah Chafsoh Rahman Wahid, atau lebih dikenali sebagai Yenny Wahid (lahir 29 Oktober 1974 di Jombang, Jawa Timur) ialah seorang aktivis Islam dan ahli politik Indonesia. Beliau kini memegang jawatan sebagai pengarah Institut Wahid, sebuah pusat penyelidikan Islam yang diasaskan oleh bapanya.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Beliau ialah anak perempuan kedua Presiden Indonesia Allahyarham Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali sebagai Gus Dur. Beliau memperolehi ijazah sarjana muda dalam reka bentuk dan komunikasi visual dari Universiti Trisakti di Jakarta, tetapi selepas tamat pengajian, beliau bekerja sebagai seorang wartawan untuk akhbar Australia The Sydney Morning Herald dan The Age. Sebagai seorang wartawan, beliau membuat liputan cerita berita dari Timor Timur dan Aceh. Untuk cerita beliau dalam pasca referendum Timor Timur, beliau dan pasukannya memenangi Anugerah Walkley untuk bidang kewartawanan.[1]

Apabila bapanya telah dilantik sebagai Presiden keempat di negara ini, dia terpaksa meninggalkan kerjayanya dalam bidang kewartawanan bagi membantu bapanya dalam jawatan barunya, dengan tanggungjawab khas untuk komunikasi. Setelah pemecatan Wahid, beliau mengikuti ijazah sarjana di Sekolah Kerajaan Kennedy Harvard sebagai Mason Fellow.[2] Pada tahun 2004, selepas beliau pulang dari Boston, beliau telah dilantik sebagai pengarah Institut Wahid yang baru ditubuhkan, sebagai penasihat komunikasi politik kepada Presiden Republik Indonesia 2005-2007, jawatan yang disandangnya sehingga sekarang. Beliau juga terlibat secara aktif dalam Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) sebagai Setiausaha Agung.

Greg Barton dari The Australian memberi penghargaan kepada beliau dengan memainkan peranan penting dalam memujuk ayahnya dari "sejauh mana keganasan militia yang disokong tentera di Timor Timur [...] dan kebersalahan kepimpinan tentera Indonesia".[3]

Beliau telah berkahwin dengan Dhohir Farisi.[4]

  1. ^ (Indonesia) Yenny Wahid's Biography
  2. ^ KSG Mason Fellow List 2003
  3. ^ "Australia owes a debt of gratitude to Indonesia's accidental president", Greg Barton, The Australian, 2 January 2010
  4. ^ "Ten Cow Dowry for Former Indonesian President Gus Dur's Daughter". Jakarta Globe. 15 October 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-04. Dicapai pada 30 December 2009.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]