You Complete Me | ||||
---|---|---|---|---|
EP oleh | ||||
Dilancarkan pada | 7 Jun 2018 (sejarah pelancaran) | |||
Dirakamkan pada | 2018 | |||
Genre | ||||
Panjang | 20:56 | |||
Bahasa | Korea | |||
Syarikat | ||||
Pengedar | iTunes | |||
Penerbit | MonoTree[2] | |||
Kronologi ONF | ||||
| ||||
Single daripada You Complete Me | ||||
| ||||
"Complete (널 만난 순간)" di YouTube | ||||
sunting · sunting di Wikidata |
You Complete Me (digayakan sebagai YOU COMPLETE ME) ialah album mini (EP) kedua oleh kumpulan lelaki Korea Selatan, ONF. Ia dilancarkan pada 7 Jun 2018 oleh WM Entertainment dan diedarkan oleh Stone Music Entertainment. Album mini ini mengandungi enam buah lagu dengan single utama "Complete (널 만난 순간)".[3][4]
Pada 15 Mei 2018, WM Entertainment (WME) mengumumkan bahawa ONF akan membuat kemunculan semula pada 7 Jun 2018 dengan album mini kedua berjudul You Complete Me.[3] Pada 27 Mei, imej acah untuk jadual kemunculan semula dilancarkan[5] dan tiga hari kemudian, senarai runut lagu untuk album baru tersebut didedahkan.[4] Pada 31 Mei, syarikat WME mendedahkan satu imej acah yang memaparkan seni kata lagu untuk runut utama "Complete (널 만난 순간)".[6] WME seterusnya melancarkan imej-imej acah ahli kumpulan bersama dengan pelbagai sorotan untuk album itu.[7] Pada 3 Jun 2018, WME melancarkan set kedua bagi imej acah ahli kumpulan.[8]
Pada 7 Jun 2018, ONF membuat persembahan sebagai promosi untuk album mini kedua mereka di acara wadah yang diadakan di Mesa Hall, New World Seoul.[9] Album mini You Complete Me dan video muzik untuk runut utama album, "Complete (널 만난 순간)" turut dilancarkan secara dalam talian pada hari yang sama.[9][10][11] ONF memulakan aktiviti kemunculan semula dengan membuat persembahan untuk lagu "Complete (널 만난 순간)" dan "Fly Me To the Moon" di rancangan muzik Mnet, M Countdown[12].
※ Lagu yang digelapkan merupakan runut utama bagi album itu.
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Complete (널 만난 순간)" ("Lengkapi (Detik Bertemu Kamu)") |
|
|
| 3:06 | |||||
2. | "Fly Me To the Moon" ("Terbangkan Ak u ke Bulan") |
|
|
| 3:11 | |||||
3. | "아침 (Good Morning)" ("Selamat Pagi") |
|
|
| 3:53 | |||||
4. | "Fifty Fifty" ("Lima Puluh Lima Puluh") |
|
|
| 3:14 | |||||
5. | "나 말고 다 (Incomplete)" ("Bukan Aku (Tidak Lengkap)") |
|
|
| 3:27 | |||||
6. | "스물네 번 (86400)" ("Dua Puluh Empat Kali (86400)") |
|
|
| 4:05 | |||||
Jumlah masa: 20:56 |
Carta (2018) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
Album Korea Selatan (Gaon)[13] | 8 |
Carta (2017) | Kedudukan tertinggi |
---|---|
Album Korea Selatan (Gaon)[14] | 17 |
Negara | Tarikh | label | Format |
---|---|---|---|
Korea Selatan | 7 Jun 2018 | CD, muat turun digital | |
Seluruh dunia |