Yun Ho-jung | |
---|---|
윤호중 | |
Setiausaha Agung Parti Demokratik Bersama | |
Dalam jawatan 3 September 2018 – 31 Ogos 2020 | |
Didahului oleh | Lee Choon-suak |
Digantikan oleh | Park Kwang-on |
Ahli Perhimpunan Kebangsaan untuk Guri | |
Menyandang jawatan 30 Mei 2012 | |
Didahului oleh | Joo Kwang-deok |
Dalam jawatan 30 Mei 2004 – 29 Mei 2008 | |
Didahului oleh | Chun Yong-won |
Digantikan oleh | Joo Kwang-deok |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Gapyeong, Gyeonggi, Korea Selatan | 27 Mac 1963
Kerakyatan | Korea Selatan |
Parti politik | Demokratik |
Gabungan politik lain | PDP (1988-1991) NDUP (1991-1992) NCNP (1995-2000) MDP (2000-2003) Terbuka (2003-2007) UNDP (2007-2008) UDP (2008) DP (2008-2011) DUP (2011-2013) DP (2013-2014) NPAD (2014-2015) |
Ibu bapa | Lee Soon-ye (ibu; meninggal dunia pada 2017)[1] |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Seoul |
Pekerjaan | Aktivis, ahli politik |
Yun Ho-jung (Bahasa Korea: 윤호중, lahir 27 Mac 1963) merupakan seorang bekas aktivis dan ahli politik Korea Selatan. Beliau kini seorang Ahli Perhimpunan Kebangsaan untuk Guri. Beliau juga Setiausaha Agung Parti Demokratik Bersama dari 2018 hingga 2020.
Lahir di Gapyeong pada 1963, Yun menghadiri Sekolah Tinggi Chuncheon.[2] Beliau lalu belajar falsafah di Universiti Kebangsaan Seoul pada 1980-an. Beliau ditahan pada 1984 sesudah terlibat dalam Peristiwa fraksi SNU;[3] tokoh lain-lain yang terkenal mengandungi Rhyu Si-min,[4] Paek Tae-woong[5] dan Shim Jae-chul.[6]
Kerjaya politik bermula pada 1988 sebagai penolong pentadbir Pejabat Perancangan & Penyelarasan Parti Demokratik Keamanan.[2][7] Sejak itu, beliau merapat kepada pengerusi parti iaitu Kim Dae-jung (aka DJ) yang dipilih sebagai Presiden Republik.[2] Beliau pernah bekerja di Pejabat Presiden di bawah Presiden Kim, terutamanya mengendalikan isu-isu berkaitan perancangan dasar.[2] Semenjak 1991, beliau juga menjadi setiausaha kepada bekas MP Han Kwang-ok, seorang tokoh pro-DJ yang terkenal.[8]
Sebagai seorang ahli Parti Demokratik Alaf (MDP), Yun pernah bertanding sebagai calon MP untuk Guri pada pilihan raya 2000 tetapi tidak dipilih.[8] Setahun kemudian, beliau dilantik sebagai timbalan jurucakap MDP.[8] Beliau lalu keluar daripada MDP menyertai Parti Kita Terbuka. Pada pilihan raya 2004, beliau barulah dipilih ke Perhimpunan Kebangsaan.[2][7]
Meskipun tidak dipilih pada pilihan raya 2008, Yun membantu Parti Demokratiknya bersekutu dengan Parti Buruh Demokratik, Parti Korea Kreatif, Parti Baru Progresif dan Parti Penyertaan Nasional pada pilihan raya tempatan 2010.[2] Berikutan pemilihan semula pada pilihan raya 2012 sebagai calon Parti Bersatu Demokratik (DUP), beliau bekerja demi penyatuan di antara calon DUP Moon Jae-in dengan calon bebas Ahn Cheol-soo pada pilihan raya presiden pada Disember.[2] Pada 2013, beliau bertanding sebagai calon Naib Presiden DUP tetapi tidak dipilih.[7]
Setelah Moon Jae-in dipilih pada 2017, Yun dicadangkan sebagai calon berpotensi Menteri PKS dan Rintisan[9][10], malah tidak dilantik akhirnya. Pada September 2018, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Demokratik Bersama, sesudah kemenangan Lee Hae-chan sebagai Presiden partinya.[11]
Sebagai bekas penyokong hak LGBT,[12] Yun menyatakan pandangan anti-LGBTnya sebelum pilihan raya 2020, menjelaskan bahawa partinya tidak sanggup bekerjasama dengan parti-parti yang menyokong hak LGBT, misalnya Parti Hijau.[13]
Beliau juga seorang tokoh "sederhana" di antara golongan pro-Moon Jae-in.[2]
Tahun | Perlembagaan | Parti politik | Undi (%) | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2000 | Guri | MDP | 20,376 (31.82%) | Kalah |
2004 | Guri | Terbuka | 36,433 (43.91%) | Menang |
2008 | Guri | UDP | 29,046 (43.03%) | Kalah |
2012 | Guri | DUP | 40,524 (48.67%) | Menang |
2016 | Guri | Demokratik | 40,820 (46.59%) | Menang |