Putera Abdul-Majid bin Abdul-Aziz (Arab: عبد المجيد بن عبدالعزيز آل سعود , 1943[1]–5 Mei 2007) merupakan gabenor Makkah sejak 2000 sehingga kematiannya pada 2007.[2] Sebelum ini beliau merupakan gabenor kota suci Madinah sejak 1985 apabila diangkat oleh abang tirinya Raja Fahd.[3]
Beliau adalah adik tiri Raja Arab Saudi kini, Raja Abdullah. Beliau dilahirkan di Riyadh, dan merupakan anak lelaki ke-33 Raja Abdul Aziz Al Sa'ud. Ibunya Haya bint Sa'ad al-Sudairy, isteri kesepuluh baginda.[4]
Abdul-Majid menghidap leukaemia di akhir hanyatnya. Beliau meninggal di Amerika Syarikat setelah kembali ke sana untuk menjalani pembedahan lanjutan.[4]
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.