Adrian Voo | |
---|---|
![]() Voo pada Jun 2016 | |
Kelahiran | |
Warganegara | Malaysia |
Pusat pendidikan | Universiti Negeri San Francisco (B.Sc.) Akademi Filem New York |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2013–kini |
Adrian Voo (/vuː/; lahir 30 April 1986)[1][2] merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan peranan filem termasuk Amateur Night dan Little Bitches.
Voo dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Negeri San Francisco State,[3] sebelum berpindah ke Los Angeles bagi mempelajari lakonan di Akademi Filem New York.[4]
Pada tahun 2013, Voo muncul dalam dua filem genre thriller terus ke video – Quarantine L.A. dan Seventy-Nine.[5][6][7]
Pada tahun 2016, beliau muncul dalam filem komedi Amateur Night, yang mana beliau berlakon bersama Jason Biggs, Janet Montgomery dan Ashley Tisdale.[8][9]
Voo merupakan salah seorang pelakon filem Little Bitches yang mana beliau berlakon bersama Jennette McCurdy, Kiersey Clemons dan Virginia Gardner.[10] Beliau juga muncul dan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif di filem komedi satira Dear Dictator, lakonan Michael Caine, Odeya Rush dan Katie Holmes.[11]
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | The Hangover Part III | Banduan | Tidak dikreditkan |
2013 | Quarantine L.A. | Quentin Mayers | |
2013 | Seventy-Nine | Isamu Tan | |
2013 | Dub Step | Tim | Filem pendek |
2014 | Black Jacks | Lee | Rintisan televisyen yang tidak dijual |
2016 | Amateur Night | Best Man Dan | |
2018 | Dear Dictator | Jiran | Juga penerbit eksekutif |
2018 | Venom | Suara |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Adrian Voo |