Alya Sometimes Hides Her Feelings in Russian (Alya Kadang Kala Menyimpan Perasaannya dalam Bahasa Rusia, [a] merupakan sebuah siri novel ringan Jepun yang ditulis oleh SunSunSun dan diilustrasikan oleh Momoco. Ia asalnya diterbitkan dalam talian sebagai dua buah novel cerita pendek dalam laman sesawang penerbitan novel Shōsetsuka ni Narō masing-masing dari 6 Mei hingga 27 Mei 2020. Ia kemudiannya diperolehi syarikat penerbitan Kadokawa Shoten, yang menerbitkan siri novel ini sejak Februari 2021 di bawah imprin Kadokawa Sneaker Bunko. Sebuah adaptasi manga oleh Saho Tenamachi mula disirikan dalam talian di aplikasi Magazine Pocket dan laman sesawangKodansha pada Oktober 2022. Sebuah siri televisyen anime yang diterbitkan oleh Doga Kobo mendapat tayangan perdananya pada Julai 2024.
Merupakan watak lelaki utama dalam cerita ini, dicemburui oleh pelajar lelaki di sekolahnya kerana mendapat anugerah terbesar iaitu duduk bersebelahan Alya. Selalu tidur lambat, menyebabkan dia mengantuk dan tidak bersemangat di dalam kelas. Oleh kerana itulah, Alya selalu mengomel padanya. Tetapi ada kalanya ungkapan itu datang dalam kata manis dan manja dalam bahasa Rusia. Masachika pula boleh berbahasa Rusia disebabkan atuknya seorang peminta tegar media Rusia dan selalu bermain dengan anak jiran atuknya yang seorang Rusia. Masachika merahsiakan kebolehannya itu daripada Alya dan selalu terkesan dengan ungkapan manis Alya dalam bahasa Rusia kerana dia juga menaruh hati kepadanya, tetapi dia cuba menolak dengan keras perasaan itu kerana merasakan dirinya itu tidak layak untuk bersama dengan Alya.
Alya merupakan pelajar tahun pertama yang memegang jawatan bendahari dalam majlis perwakilan pelajar. Seorang yang berbakat dan terkenal kerana rupanya yang cantik dan sifatnya yang kurang mesra dengan orang. Ayahnya orang Rusia dan ibunya orang Jepun. Kerapkali dia mengungkapkan sesuatu dalam bahasa Rusia yang mengelirukan guru dan rakannya. Walaupun dia dikenali dan memikat perhatian ramai, tapi kerana sifatnya itu, Alya tidak mempunyai ramai kawan dan tiada pengalaman dalam pergaulan. Akan tetapi semua itu berubah semenjak dia berkenalan dengan rakan sekelasnya Masachika. Alya tidak suka dengan perangai Masachika yang selalu kurang bersemangat, tetapi dalam masa yang masa, ada lahir perasaan suka kepadanya, maka selalulah dia bermanja-manja dengannya dalam bahasa Rusia. Alya adalah adik kepada Maria.
Suou Yuki (周防 有希, Suō Yuki)
Disuarakan oleh: Wakana Maruoka (anime) (Bahasa Jepun), Reshel Mae[4] (Bahasa Inggeris)
Pelajar tahun pertama yang memegang jawatan jurucakap majlis perwakilan pelajar. Anak dara keluarga Suo yang merupakan bangsawan yang memegang peranan diplomat sejak turun-temurun. Suka menyakat Masachika dan Alya. Pada mulanya Alya dengki dengannya kerana hubungan Yuki dan Masachika sebagai kawan rapat dari kecil, tetapi ini kemudiannya didedahkan bahawa Yuki adalah adik kepada Masachika.
Maria Mikhailovna Kujou (マリヤ・ミハイロヴナ・九条, Mariya Mihairovuna Kujō, Rusia: Мария Михайловна Кудзё) / Masha (マーシャ, Māsha, Rusia: Маша)
Naib Yang Dipertua majlis perwakilan pelajar dan pelajar tahun kedua sekolah menengah tinggi. Digeruni pelajar lelaki dan sangat terkenal di kalangan perempuan. Kekasih kepada Yang Dipertua, Kenzaki Touya. Hobinya bersukan kendo.