Anjing air (jenis anjing)

Barbet, salah satu baka anjing air tertua

Anjing air ialah sejenis gundog yang dibiakbakakan untuk menggarah dan mengutip buruan dari dalam air. Anjing air dianggap sebagai pendahulu kepada kebanyakan baka anjing pengutip.[1]

Seekor anjing air Portugis dengan lapis bulunya yang terpotong dengan gaya potongan anjing air klasik

Anjing air biasanya ialah anjing aktif bersaiz sederhana; ciri paling distingtifnya merupakan lapis bulu kalis airnya dan keinginan kuatnya untuk berenang. Secara tradisional, banyak baka anjing air berbulu panjang melalui peomotongan lapis bulunya dengan midrif dan sukuan belakang terdedah untuk membantu dalam renangan dengan mengurangkan seretan, sambil mengekalkan lapis bulu panjang di sekeliling torsonya untuk mencegah kejutan terma semasa menerjuni air membeku. Gaya potongan bulu klasik ini terlihat sehingga kini dalam pertunjukan anjing dengan sesetengah baka anjing seperti pudel yang mengekalkan suatu variasi bagi gaya potongan bulu ini. Lukisan oleh seniman seperti Francisco Goya dan Albrecht Dürer pada abad ke-15 menggambarkan pudel besar awal, yang digunakan untuk pengutipan burung buruan dari dalam air.[2][3][4]

Anjing air ialah sejenis purba bagi anjing, yang digunakan oleh para pelaut purba untuk mengutip objek yang terjatuh dari kapal serta untuk menyampaikan pesanan di antara kapal. Ia dikenali oleh orang Rom yang memanggilnya "anjing singa" sempena gaya potongan bulu distingtifnya. Anjing air terus terlihat di atas kapal sehingga zaman moden. Ia pernah diketahui berjumlah banyak dalam Armada Sepanyol dan masih dapat terlihat pada sepanjang abad ke-20 di atas kapal nelayan, khususnya di perairan di sekitar Sepanyol dan Portugal.[3][4]

Selain peranan sebagai anjing kapal, di Eropah Zaman Pertengahan, anjing air digunakan dengan agak meluas oleh para pemburu untuk mengutip itik dari dalam air yang telah ditembak dengan busur panah, serta anak panah yang telah tersasar.[3][4]

Dengan penciptaan senjata api moden, keperluan untuk anjing yang mengutip anak panah lenyap dan banyak baka anjing air Eropah semakin menjadi hiasan, seperti pudel, sementara yang lain disesuaikan menjadi gundog moden, seperti wetterhoun. Anjing air dipercayai digunakan, bersama-sama dengan jenis-jenis lain, dalam pembiakbakaan bagi kebanyakan baka anjing pengutip moden.[4]

Senarai baka

[sunting | sunting sumber]

Ini ialah senarai baka anjing yang biasanya dianggap sebagai anjing air.[3][4]

Baka Nama alternatif Negara asal Imej
Anjing air Cantabria Perro de lanas
Merlucero
 Sepanyol
Anjing air Friesland Wetterhoun
Otterhoun
Spaniel Belanda
 Belanda
Anjing air Portugis Anjing air Algarve  Portugal
Anjing air Romagna  Itali
Anjing air Sepanyol  Sepanyol
Barbet Anjing air Perancis  Perancis
Pudel  Perancis,  Jerman
Pudelpointer  Jerman
Spaniel air Amerika Spaniel perang Amerika
Spaniel air perang Amerika
 Amerika Syarikat
Spaniel air Inggeris Water dog
Water rug
 England
Spaniel air Ireland Whiptail
Spaniel Shannon
Rat tail spaniel
Bog dog
 Ireland
Spaniel air Tweed Spaniel Tweed
Spaniel Ladykirk
 England

† Baka pupus
‡ Kerap dianggap sebagai gundog serba guna

  1. ^ Suburban, Judie Amyot, The. "Judie Amyot: Gone like the Dodo" [Judie Amyot: Lenyap seperti Dodo]. The Suburban Newspaper (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Mei 2024.
  2. ^ Ali, Rana Haider (17 Januari 2024). "Moyen Poodle In US: Moyen Meaning, A to Z Guide" [Pudel Sederhana di Amerika Syarikat: Maksud Sederhana, Panduan A hingga Z]. Animal Uploads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Januari 2024.
  3. ^ a b c d Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
  4. ^ a b c d e Hancock, David (17 Julai 2013). Gundogs: Their Past, Their Performance and Their Prospects [Gundog: Masa Lalunya, Prestasinya, dan Prospeknya] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. ISBN 9781847974921. OCLC 834977734.