Asian Idol | |
---|---|
Format | Pop Idol |
Pencipta | Simon Fuller |
Dibintangi oleh | Amelia Natasha Daniel Mananta Indra Lesmana Anu Malik Paul Moss Pilita Corrales Ken Lim Siu Black |
Negara asal | Indonesia |
Penerbitan | |
Penerbit | Sandra Fulloon |
Penyiaran | |
Saluran asal | RCTI |
Asian Idol ialah satu versi format pertandingan menyanyi, Pop Idol, yang menampilkan juara-juara pertandingan Idol dari enam negara Asia iaitu India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Vietnam. Juara bakal dikurniakan kontrak rakaman antarabangsa dan pelancongan percuma ke seluruh dunia untuk menonton rancangan Idol antarabangsa.[1]
Asian Idol bakal diadakan pada 15 dan 16 Disember 2007 di Jakarta, Indonesia.[2][3] Stesen televisyen terbesar Indonesia, RCTI (yang juga menyiarkan Indonesian Idol), menjadi stesen TV utama yang akan menyiarkan pertandingan itu secara langsung di negara-negara yang mengambil bahagian, namun pertikaian mengenai perbezaan zon waktu turut dibincangkan.[1]
Amelia Natasha dan Daniel Mananta, dua pengacara Indonesian Idol, bakal mengacara Asian Idol.
Setiap negara peserta ada sistem tersendiri untuk memilih wakil.[4]
Untuk memulakan Asian Idol, keenam-enam peserta akan diperkenalkan melalui persembahan Idol Showcase pada 8 Disember 2007.[3] Sementara itu, para peminat setiap peserta akan memilih lagu yang mereka hendak Idola mereka untuk dendangkan sebelum pertandingan sebenar Asian Idol. Para Idola akan mempersembahkan dua lagu--satu dalam bahasa Inggeris dan satu lagi dalam bahasa ibunda masing-masing.[5]
Selain liputan Asian Idol, RCTI akan menyiarkan rancangan khas Asian Idol Extra dari akhir November hingga pertengahan Disember 2007.[3]
Setiap negara yang bertanding akan menghantar seorang juri untuk menilai persembahan para peserta, tetapi hanya tiga orang juri dapat memberi komen untuk setiap peserta kerana had masa.[1]
Tetamu-tetamu undangan termasuk juara American Idol Taylor Hicks, juara Australian Idol Guy Sebastian dan juri Indian Idol Alisha Chinai.[6][7][8]
Rancangan keputusan akan menampilkan persembahan oleh Rivermaya, Peterpan, dan Agnes Monica.[8]
Penerbitan Asian Idol akan dibantu dengan bantuan krew penerbitan Australian Idol.[5]
SuperStar KZ, francais Idol di Kazakhstan, juga tersenarai tetapi gagal menghantar wakil.[1]
-Ary Digital]]
Terdapat beberapa perbezaan antara pengundian dan kiraan undian di Asian Idol dan rancangan Idol yang lain. Tidak seperti pertandingan Idol satu negara iaitu penonton boleh mengundi untuk seorang peserta, prosedur undian untuk Asian Idol memerukan penonton mengundi dua Idola kegemaran, maka membolehkan para peserta meraih undian dari negara masing-masing.[5][19]
Sebagai pertimbangan terhadap saiz populasi di kalangan negara peserta, kiraan undian dilakukan melalui "Kaedah Kumulatif Sama Rata", iaitu jumlah undian setiap negara ditukarkan kepada peratusan.[19][20] Juara akan dtentukan melalui 50% undian penonton dan 50% markah juri.[21]
Sandeep Acharya, juara musim kedua Indian Idol, tidak puas hati atas pemilihan Sawant untuk bertanding di Asian Idol. Beliau mendakwa bahawa Sony TV India, penyiar Indian Idol, sepatutnya mengadakan satu pertandingan antara tiga juaranya untuk menentukan wakil India dan beliau berasa dirinya diabaikan.
Wakil Sony TV menerangkan bahawa meskipun mempunyai pilihan untuk memilih wakil mereka, mereka pernah memepertimbangkan idea mempertandingkan ketiga-tiga juara Indian Idol termasuk juara musim ketiga Prashant Tamang. Bagaimanapun, idea itu gagal menjadi kenyataan kerana pertindihan penjadualan.[22]
|date=
(bantuan)(Indonesia)
|date=
(bantuan)(Indonesia)
|date=
(bantuan)(Indonesia)
|date=
(bantuan)(pdf file)(Indonesia)
|publisher=
(bantuan); Check date values in: |date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)(Indonesia)
|date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)
|date=
(bantuan)(Singkatan bahasa tidak dikenali oleh templat!)
|date=
(bantuan)(Indonesia)
|date=
(bantuan)