BTS In the Soop (diperkenalkan sebagai BTS In the SOOP, Hangul: 인더숲 BTS편 ; RR: Indeosup BTS-pyeon; lit. In the Forest: BTS edition) ialah rancangan televisyen realiti Korea Selatan yang dicipta oleh Big Hit Entertainment dan Big Hit Three Sixty, dibintangi oleh kumpulan lelaki BTS. Musim pertama yang mengandungi lapan episod ditayangkan pada 19 Ogos 2020, di rangkaian televisyen berbayar Korea Selatan JTBC dan platform dalam talian Weverse. Rancangan ini menampilkan kumpulan muzik itu berehat dari kesibukan mereka di bandar dengan menghabiskan seminggu bersama di hutan terpencil di mana mereka berehat dan melibatkan diri dalam pelbagai hobi.
Musim kedua, diterbitkan oleh Hybe 360, [a] ditayangkan pada 15 Oktober 2021, menunjukkan kumpulan itu ketika mereka meluangkan empat hari di sebuah vila peribadi di kawasan pergunungan. Versi yang disiarkan di JTBC terdiri daripada empat episod manakal versi Weverse mengandungi rakaman lanjutan dan merangkumi lima episod, episod yang terakhir adalah eksklusif untuk platform dan disiarkan pada 12 November.
Konsep rancangan ini berkisar tentang BTS yang berehat dari kehidupan sibuk mereka di bandar dan menuju ke lokasi hutan yang lebih damai dan terpencil—perkataan Korea soop bermaksud "hutan"—untuk tempoh bersantai. Slogan siri ini, "antara kehidupan seharian dan rehat",[2] banyak ditekankan, kerana ahli kumpulan tidak mengikut jadual berstruktur semasa berada di sana dan bebas menjalankan pelbagai hobi dalaman dan luaran bersama-sama dan sendiri. Mereka dapat melakukan "perkara yang tidak mereka lakukan kerana tidak mahu mengambil cuti", atau "tidak dapat melakukannya kerana mereka [terlalu] sibuk",[3] dengan gangguan atau interaksi yang minimum dengan kakitangan pengeluaran.[4]