Bahasa-bahasa Sumbawa-Sasak-Bali | |
---|---|
Taburan geografi: | Bali dan Nusa Tenggara Barat, Indonesia |
Klasifikasi bahasa: | Austronesia
|
| |
Glottolog: | bali1277[1] |
Bahasa-bahasa Sumbawa-Sasak-Bali ialah sekumpulan bahasa yang berkait rapat yang dituturkan di barat Kepulauan Sunda Seni (Bali dan Nusa Tenggara Barat). Ketiga-tiga bahasa tersebut ialah bahasa Bali di Bali, bahasa Sasak di Lombok, dan bahasa Sumbawa di Sumbawa barat.[2]
Bahasa-bahasa ini mempunyai persamaan dengan bahasa Jawa, di mana persamaan tersebut telah dianggap sebagai bukti hubungkait bahasa-bahasa tersebut dalam beberapa pengelasan. Walau bagaimanapun, persamaannya hanyalah dalam laras "tinggi" (bahasa rasmi/istana) untuk bahasa Bali dan bahasa Sasak; apabila laras "rendah" (bahasa basahan) dipertimbangkan, hubungannya kelihatan berkait dengan bahasa Madura dan bahasa Melayu (Lihat bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu).
Kedudukan bahasa-bahasa Sumbawa-Sasak-Bali dalam keluarga Polinesia-Melayu tidak jelas. Adelaar (2005) meletakkannya di bawah subkumpulan "bahasa-bahasa Sumbawa-Melayu" yang lebih besar,[3] tetapi usulan ini masih dipertikaikan.[4][5]
English | Balinese | Sasak | Sumbawa |
---|---|---|---|
one | sa, besik, siki | sekeq, sopoq | sai' |
two | dua, kalih | due | dua |
three | telu, tiga | telu | telu |
four | papat | empat | empat |
five | lima | lime | lima |
six | enem, nenem | enem | enam |
seven | pitu | pituq | pitu' |
eight | kutus | baluq | balu' |
nine | sia, sanga | siwaq | siwa' |
ten | dasa | sepulu | sepulu |