Blackpink: The Movie | |
---|---|
Hangul | 블랙핑크: 더 무비 |
Revised Romanization | Beullaekpingkeu: Deo Mubi |
Pengarah |
|
Dibintangi | |
Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan |
|
Negara | Korea Selatan |
Bahasa | Korea |
Blackpink: The Movie (Hangul: 블랙핑크: 더 무비 ; RR: Beullaekpingkeu: Deo Mubi; ditulis sebagai BLACKPINK THE MOVIE)[1] ialah filem dokumentari Korea Selatan arahan Oh Yoon-dong dan Jung Su-yee, menampilkan kumpulan vokal wanita Korea Selatan Blackpink.[2] Filem ini dikeluarkan pada 4 Ogos 2021, di Korea Selatan.[3]
Pada 16 Jun 2021, YG Entertainment mengumumkan keluaran tayangan Blackpink: The Movie sebagai sebahagian dari projek ulang tahun kelima Blackpink, yang dinamakam "4+1 PROJECT".[1] Poster acah untuk filem itu dikeluarkan pada 21 Jun.[4] Poster utama dikeluarkan pada 23 Jun, dan filemnya diumumkan untuk tayangan pada 4 Ogos, di Korea Selatan.[5] Tiket mula dijual pada 30 Jun.[5]
Untuk tayangannya pada 4 Ogos, filem ini dikeluarkan di lebih dari 100 negara dan 3,000 pawagam di seluruh dunia. Tayangannya ditunda sehingga akhir Ogos di negara-negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, dan Malaysia kerana peraturan pandemik COVID-19 di Asia Tenggara. Jumlah pawagam di seluruh dunia akan meningkat dari 3,000 menjadi 4,200 setelah dikeluarkan di Asia Tenggara.[6]