Bob Harper

Bob Harper

Robert "Bob" Harper merupakan pelatih persendirian yang juga muncul menerusi rancangan realiti TV The Biggest Loser (Amerika Syarikat) sebagai pelatih untuk kumpulan biru dan pelatih menerusi rancangan yang sama tetapi untuk versi Australia pada musim pertama. Beliau pernah melatih ramai selebriti seperti Gwyneth Paltrow, Ben Stiller, Ellen DeGeneres, Melissa Etheridge, Guy Ritchie, Dermot Mulroney, Josh Ulsh, Selma Blair, Jeanne Tripplehorn, Catherine Keener, Carla Gugino, Laura Dern dan Jenny McCarthy.

Beliau pernah muncul bersama Jillian di dalam Deal or No Deal musim ke 4.[perlu rujukan] serta penampilan menerusi The Oprah Winfrey Show pada 30 Oktober 2008 untuk membincangkan rahsia menurunkan berat badan The Biggest Loser.[perlu rujukan]



Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]