Bocchi the Rock! (ぼっち・ざ・ろっく!code: ja is deprecated , Bocchi za Rokku!) adalah siri manga panel berempat ditulis dan dilukis oleh Aki Hamaji, disirikan dalam majalah manga seinenHoubunsha, Manga Time Kirara Max sejak Disember 2017. Ia telah dikumpulkan dalam 5 jilid tankōbon setakat November 2022. Satu adaptasi siri televisyen anime dihasilkan oleh CloverWorks mula bersiaran pada Oktober 2022.
Kessoku Band (結束バンドcode: ja is deprecated , Kessoku Bando, har. "pengikat kabel") adalah band tumpuan dalam siri ini, berpengkalan di STARRY, sebuah tempat gig di Shimokitazawa. Nama keluarga setia ahlinya diilhamkan daripada band J-Rock, Asian Kung-Fu Generation, dengan alat muzik dimainkan turut berpadanan (contoh, Yamada dalam kedua-dua band bermain gitar bass).[1]
Hitori Gotō (後藤 ひとりcode: ja is deprecated , Gotō Hitori) / Bocchi (ぼっちcode: ja is deprecated )
Protagonis dan pemain gitar utama Kessoku Band. Introvert kronik yang bermasalah dalam kebanyakan kes interaksinya. Dia belajar bermain gitar ketika usia mudanya, dengan harapan dia akan mendapat kawan. Walaupun muncul handal dalam aksi gitarnya untuk peminat dalam talian (dibawah nama "guitarhero"), dia masih sukar berbuat kawan di alam nyata, sehingga dia ditarik masuk untuk bermain bersama Kessoku Band. Sejak itu, Hitori mula keluar dari sarangnya, memperoleh beberapa kawan dan belajar lebih lagi untuk berhubungan dengan orang lain.
Nijika Ijichi (伊地知 虹夏code: ja is deprecated , Ijichi Nijika)
Pemain dram Kessoku Band dan pengasasnya. Kakaknya, Seika, mengendalikan ruang gig tempat mereka bermain. Nijika sangat mengikuti Seika sejak mereka hilang ibu ketika mereka kecil dan ayahnya melarikan diri.
Ryō Yamada (山田 リョウcode: ja is deprecated , Yamada Ryō)
Pemain gitar bass Kessoku Band yang sering berperilaku tenang dan tampak androgini, sehingga menawan hati gadis lain (termasuk Ikuyo) tanpa sengaja. Seringkali memborosi wang saku keluarganya untuk alat muzik baru, dia mendakwa hidupnya hanya dapat berbekalkan rumput dan daun sahaja. Setelah keluar dari band lamanya akibat perbezaan haluan, Ryo diajak Nijika untuk menyertainya menubuhkan band baru.
Ikuyo Kita (喜多 郁代code: ja is deprecated , Kita Ikuyo)
Vokalis dan pemain gitar Kessoku Band, ekstrovert riang yang bertentangan dengan Hitori. Asalnya dia menyertai Kessoku Band untuk lebih dekat dengan Ryo, namun setelah menipu mengenai kebolehannya bermain gitar, dia melarikan diri. Dengan bantuan Hitori, dia dapat menjadi pemain gitar yang baik.
SICK HACK ialah kumpulan rock psychedelic, berpangkalan di FOLT, sebuah rumah gig di Shinjuku. Ahli-ahlinya berkongsi nama keluarga mereka dengan nama ahli dari kumpulan nyata 88Kasyo Junrei .
Kikuri Hiroi (廣井 きくりcode: ja is deprecated , Hiroi Kikuri)
Voklais dan pemain bass SICK HACK. Kaki arak yang memboroskan duitnya semata-mata untuk arak, khususnya sake kotak Onikoroshi, dan menamakan gitarnya "Shuten-Douji EX."
Eliza Shimizu (清水 イライザcode: ja is deprecated , Shimizu Iraiza)
SIDEROS ialah sebuah band metal, berpangkalan di FOLT, sebuah rumah gig di Shinjuku. Ahlinya berkongsi nama keluarga mereka dengan nama keluarga ahli-ahli kumpulan Kinniku Shōjo Tai .
Yoyoko Ōtsuki (大槻 ヨヨコcode: ja is deprecated , Ōtsuki Yoyoko)
Vokalis dan gitaris SIDEROS.
Akubi Hasegawa (長谷川 あくびcode: ja is deprecated , Hasegawa Akubi)
Pemain dram SIDEROS.
Fūko Honjō (本城 楓子code: ja is deprecated , Honjō Fūko)
Gitaris SIDEROS.
Yuyu Uchida (内田 幽々code: ja is deprecated , Uchida Yuyu)
Bocchi the Rock! ditulis dan dilukis oleh Aki Hamaji. Mulanya ia disirikan dalam majalah Manga Time Kirara MaxHoubunsha pada 19 Disember 2017, sebagai karya jemputan. [14] Siri penuh bermula dalam majalah yang sama pada 19 Mac 2018. [15] Ia telah dikumpulkan dalam lima jilid tankōbon setakat 26 November 2022.
Adaptasi siri televisyen anime telah diumumkan pada 18 Februari 2021. [17] Ia diterbitkan oleh CloverWorks dan diarahkan oleh Keiichirō Saitō, dengan Yūsuke Yamamoto berkhidmat sebagai penolong pengarah, Erika Yoshida menulis skrip cerita, Kerorira mereka bentuk watak, dan Tomoki Kikuya menggubah muzik. Siri ini mula ditayangkan pada 9 Oktober 2022, di Tokyo MX dan pelbagai rangkaian lain. [2][18][a] Kessoku Band mempersembahkan lagu pembukanya "Seishun Complex" (青春コンプレックスcode: ja is deprecated ) , dan lagu penamat "Distortion! !" . [20]Crunchyroll melesenkan siri ini di luar Asia. [21]Plus Media Networks Asia melesenkan siri ini di Asia Tenggara dan menyiarkannya di Aniplus Asia dan Bilibili dan Astro AEC di Malaysia. [22]