Bola sepak di Malaysia

Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1921 dengan pimpinan Andrew Caldecott. Caldecott menubuhkan Persatuan Bola Sepak Malaysia pada tahun 1920 di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bagi menggiatkan aktiviti sukan bola sepak dan untuk berusaha bagi melepaskan Tanah Melayu daripada kolonialisme Inggeris dan Jepun. Sejak detik itu, aktiviti bola sepak semakin kerap digerakkan oleh FAM dan semakin banyak rakyat yang gemar bermain bola sepak di dataran tempat Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia) dianjurkan. Sebagai bentuk sokongan terhadap kebangkitan "Bola Sepak Kebangsaan", maka Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya dibangun pada tahun 1993 sehingga 1998 dan dibuka pada tahun 1998 sempena Sukan Komanwel 1998 yang telah memperhebat dunia bola sepak di Malaysia.

Kejohanan

[sunting | sunting sumber]

Kejohanan bola sepak yang dianjurkan di Malaysia terbahagi menjadi 2 format, iaitu format liga dan format piala.

Format Liga

[sunting | sunting sumber]
  • Liga Super Malaysia (Tahap 1, 12 pasukan) - Tahap teratas Liga Malaysia. Dua tempat terbawah akan diturunkan ke Liga Premier Malaysia.
  • Liga Premier Malaysia (Tahap 2, 10 pasukan) - Tahap kedua Liga Malaysia. Dua tempat teratas akan dipromosi ke Liga Super Malaysia, manakala dua tempat terbawah akan diturunkan ke Liga M3.
  • Liga M3 Malaysia (Tahap 3, 20 pasukan) - Tahap ketiga Liga Malaysia. Dua tempat teratas akan dipromosi ke Liga Premier Malaysia, manakala tiga tempat terbawah akan diturunkan ke Liga M4.[1]
  • Liga M4 Malaysia (level 4, tiada had tertentu) - Tahap keempat Liga Malaysia.

Format Piala

[sunting | sunting sumber]

Format Piala

[sunting | sunting sumber]

Artikel berikut memperincikan keputusan dan acara utama dalam setiap musim sejak 1921, apabila kejohanan dianjurkan pertama, Piala Malaya, diwujudkan. Musim dalam huruf condong ialah musim perang, apabila kejohanan rasmi kebangsaan digantung, walaupun bola sepak serantau diteruskan.

1920an: 1921 1922 1923 1924 1925 1926 1927 1928 1929 1930
1930an: 1931 1932 1933 1934 1935 1936 1937 1938 1939 1940
1940an: 1941 1942 1943 1944 1945 1946 1947 1948 1949 1950
1950an: 1951 1952 1953 1954 1955 1956 1957 1958 1959 1960
1960an: 1961 1962 1963 1964 1965 1966 1967 1968 1969 1970
1970an: 1971 1972 1973 1974 1975 1976 1977 1978 1979 1980
1980an: 1981 1982 1983 1984 1985 1986 1987 1988 1989 1990
1990an: 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000
2000an: 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010
2010an: 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020
2020an: 2021 2022 2023 2024 2025 2026 2027 2028 2029 2030

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Amateur Football League (AFL) Umum Penstrukturan Semula Liga M3, 20 Pasukan Dalam Saingan Musim 2020". Vocket.fc. 19 January 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]