Chen Hong | |
---|---|
Maklumat peribadi | |
Negara | Republik Rakyat China |
Tinggi | 1.82 m (5 ka 11 11⁄16 in) |
Cakat tangan | Kanan |
Perseorangan lelaki | |
Ranking semasa | 19 (26 Jun 2008) |
Profil BWF |
Chen Hong (Bahasa Cina: 陈宏 ; pinyin: Chén Hóng; lahir 28 November, 1979 di wilayah Fujian) merupakan pemain badminton lelaki dari Republik China.
Chen bermain di Sukan Olimpik 2004 dalam perseorangan lelaki, menewaskan Kenneth Jonassen dari Denmark dan Lee Chong Wei dari Malaysia masing-masing id pusingan pertama dan kedua. Di pusingan suku akhir, Chen telah ditewaskan oleh Shon Seung-mo dari Korea Selatan 10-15, 15-4, 15-10. Dia memenangi Kejohanan Seluruh England 2 kali dan Terbuka China sekali. Pada tahun 2006, di Kejohanan Dunia Badminton dia mengalahkan Taufik Hidayat sebelum menuju ke peringkat suku akhir. Dia mengakhiri permainan hanya di peringkat separuh akhir apabila ditewaskan dengan rakan senegaranya yang lebih muda, Lin Dan. Dia merancang untuk berkahwin dan ingin mengakhiri kariernya sebagai pemain badminton di penghujung tahun 2007.