Yang Berhormat Steven Choong Shiau Yoon AP | |
---|---|
锺少云 | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Tebrau, Johor | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Khoo Soo Seang (MCA-BN) |
Digantikan oleh | Jimmy Puah Wee Tse |
Majoriti | 37,225 (2018) |
Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Tebrau | |
Dalam jawatan 2014–2021 | |
Didahului oleh | Selva Kumaran |
Dalam jawatan 2012–2013 | |
Cabang | Ayer Hitam, Johor |
Didahului oleh | Jawatan diciptakan semula |
Digantikan oleh | Willham Siau |
Butiran peribadi | |
Lahir | Beruas, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 7 Disember 1957
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2007–2021) Bebas (2021-kini) |
Sekutu gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) (penyokong) (2021-kini) Pakatan Harapan (PH) (2015–2021) Pakatan Rakyat (PR) (2007–2015) |
Alma mater | Universiti Brunel London |
Pekerjaan | Ahli politik Akauntan |
Nama Bahasa Cina | |
Tulisan Cina Tradisional | 鍾少雲 |
Tulisan Cina Ringkas | 锺少云 |
Hanyu Pinyin | Zhōng Shǎoyún |
Choong Shiau Yoon di Facebook |
Steven Choong Shiau Yoon (Cina Ringkas: 锺少云; Cina Tradisional: 鍾少雲; lahir 7 Disember 1957) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah menjadi Anggota Parlimen (AP) Tebrau di Johor sejak Mei 2018. Pada masa ini, beliau ialah ahli Parlimen bebas yang menyokong Perikatan Nasional (PN). Sebelum itu, beliau ialah anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen bagi gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH).
Choong mempunyai pengalaman luas sebagai akauntan, juruaudit, ejen cukai dan perunding perniagaan.[1] Beliau adalah rakan kongsi CSY & Associates PLT di samping pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif CSY Tax Services Sdn. Bhd. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Bukan Eksekutif Bebas Country View Bhd sejak 27 Mac 2002.[2] Beliau juga merupakan pengerusi Institut Akauntan Malaysia, ahli berkanun Institut Juruaudit Dalaman Malaysia dan ahli Association of Chartered Certified Accountants.[3]
Choong mula menyertai dunia politik dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada usia 50 tahun pada 2007.[4] Beliau pernah menjadi ketua bahagian Tebrau dan Ayer Hitam serta Timbalan Setiausaha Agung PKR.[5] Beliau membuat penampilan sulung dalam pilihan raya umum (PRU) dengan bertanding di kerusi Tebrau pada PRU 2013 tetapi tewas dengan majoriti 1,767 undi kepada calon Persatuan Cina Malaysia (MCA). Pada pilihan raya 2018, beliau bertanding di Tebrau sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat dalam pemilihan tiga penjuru lalu menang dengan mengalahkan calon dari MCA dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada 28 Februari 2021, beliau dipecat PKR lalu menjadi AP bebas yang menyokong gabungan pemerintah, Perikatan Nasional (PN) di bawah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersama dengan Larry Sng (AP Julau, Sarawak).[6] Katanya, beliau berkeputusan untuk menyokong Muhyiddin kerana beliau dikatakan memberi ruang kepadanya untuk bertemu dengan pihak-pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyatnya sejak sekian lama.[7] Sungguhpun begitu, tindakannya menimbulkan kemarahan daripada pihak pusat PKR yang menggelar perbuatannya sebagai "pengkhianatan kepada pengundi" dan melantik seorang peguam untuk menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta daripadanya.[8][9]
Tahun | Undian | Peratusan | Lawan | Undian | Peratusan | Jumlah undian | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | Choong Shiau Yoon (PKR) | 38,218 | 48.87% | Khoo Soo Seang (MCA) | 39,985 | 51.13% | 79,835 | 1,767 | 88.23% | ||
2018 | Choong Shiau Yoon (PKR) | 64,535 | 62.09% | Hou Kok Chung (MCA) | 27,310 | 26.27% | 105,420 | 37,225 | 85.68% | ||
Abdullah Husin (PAS) | 12,098 | 11.64% |