Combined Community Codec Pack | |
---|---|
![]() | |
Versi terkini/stabil | 2015-10-18 (18 Oktober 2015[1]) |
Versi pratonton | 2015-10-25 beta (25 Oktober 2015[2]) |
Sistem pengendalian | Microsoft Windows |
Jenis | Kodek video |
Genre | Kodek video/Kodek audio |
Lesen | Perisian percuma |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | www.cccp-project.net |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Combined Community Codec Pack, lebih lazim dirujuk sebagai CCCP, ialah satu arkib terkumpul bagi kodek (penapis mampatan video) yang dipek untuk Microsoft Windows, direka bentuk asalnya untuk main balik fansub anime.[3] CCCP dibangunkan dan diselenggara oleh ahli-ahli dari pelbagai kumpulan fansub.
Nama tersebut merupakan permainan kata bagi Kesatuan Soviet; iaitu, versi abjad Cyril bagi kependekan nama penuhnya. Sebagai sebahagian daripada permainan kata tersebut, logo projek turut menampilkan lambang tukul dan sabit serta bintang daripada bendera Kesatuan Soviet.
CCCP dicipta untuk memenuhi keperluan berikut:
Pek ini kecil dan padat, mengandungi hanya yang diperlukan bagi kebanyakan video; ia sengaja melumpuhkan sokongan bagi kebanyakan kodek yang dianggap tidak perlu. Dengan itu, ia berpotensi untuk mengelakkan masalah yang berpunca daripada kombinasi penapis yang tidak wajar dengan menyediakan satu penyelesaian main balik serba inklusif. Untuk menonton video yang diperakui CCCP, secara teorinya seseorang mestilah menyahpasang kesemua pek kodek lain dan seterusnya memasang CCCP. Falsafah ini membawa kepada beberapa kelemahan; memandangkan kebanyakan format tidak diupayakan secara lazim, pengguna perlu menetapkannya secara manual jika diperlukan. Tambahan pula, tidak seperti kebanyakan pek pesaing, CCCP direka lebih kepada menyahkod daripada mengekod, maka ia tidak menyertakan kebanyakan pengekod video sebagaimana pek-pek lain.
CCCP dibuat hanya untuk sistem pengendalian Microsoft Windows dan berfungsi dengan Windows XP/Vista/7. Versi terakhir yang menyokong Windows 2000 ialah 2010-10-10; versi terakhir yang menyokong 98/Me ialah 2007-02-22.
Pada tahun 2006, On2 mula mengesyorkan CCCP sebagai satu penyelesaian penyahkodan mudah untuk menyuap video dan audio kepada aplikasi pengekodan Flix mereka.[4] Kakitangan CCCP mengesyorkan agar tidak menggunakan perisian tampalan pendaftaran On2 yang disertakan, tetapi sekadar menghidupkan atau mematikan kodek yang diperlukan melalui menu tetapan CCCP.[perlu rujukan] Pada tahun 2009, Majalah C't Jerman mengesyorkan CCCP sebagai satu-satunya pek kodek yang boleh dipercayai hari ini.[5]