D-Crunch (Hangul: 디크런치) adalah sebuah kumpulan muzik lelaki Korea Selatan yang dibentuk oleh All-S Company.[1] Kumpulan muzik yang terdiri daripada sembilan orang anggota ini membuat penampilan sulung pada 6 Ogos 2018 melalui pelancaran album single 0806.[2]
D-Crunch telah dibentuk oleh Lee Jong-seok, dan anggota kumpulan muzik itu berlatih bersama untuk satu tahun.[3][4] Nonet hip hop ini pertama kali diumumkan pada 4 Julai 2018. Nama kumpulan muzik tersebut merupakan singkatan bagi 'Diamond-Crunch', menandakan kumpulan itu berupaya memecahkan berlian dengan "persemabahan yang kuat dan unsur muzik yang berkuasa".[3] Pertimbangan lain untuk nama kumpulan itu termasuklah Hip Hop Force dan Hip Hop Gangster (Daya Hip Hop dan Samseng Hip Hop).[5]
Sebelum D-Crunch memulakan penampilan pertama mereka, anggota O.V, Chanyoung, Jeongseung, dan Dylan serta pelatih–pelatih perempuan All-S Company membuat kemunculan sulung melalui unit Geupsik-Dan dengan "Geupsik".[6] Kumpulan muzik tersebut terdiri daripada enam orang penyanyi rap dan tiga penyanyi vokal—anggota yang lain ialah Hyunwook, Hyunho, Hyunoh, Hyunwoo, and Minhyuk[7]—yang diketuai oleh O.V and Hyunwook sebagai ketua–ketua kumpulan.[8]
D-Crunch memulakan kegiatan sulung mereka dengan pelancaran album single 0806 dan single utama "Palace" (Istana) pada 8 Ogos 2018.[9] Ia diikuti dengan pelancaran album mini pertama M1112 (4colors) dan single utama "Stealer" (Pencuri) pada 12 November tahun yang sama.[10] Kumpulan muzik ini berjaya memperoleh kategori Anugerah Fokus di Anugerah Artis Asia 2018, empat bulan selepas penampilan pertama mereka.[11]
D-Crunch meletakkan asas dalam muzik hip hop dan cuba "untuk menyampaikan mesej" melalui seni kata lagu mereka.[12][13] O.V, Hyunwook, dan Hyunoh membentuk kumpulan penulisan lagu G.I.G, yang membentuk arah tuju muzik kumpulan.[14] Setiap anggota kumpulan memberikan buah fikiran kepada penulis lagu, yang kemudiannya dikembangkan untuk disesuaikan dengan gaya kumpulan.[13] D-Crunch juga memetik kumpulan muzik BTS sebagai contoh peranan mereka.[15]
^ abCho Jeong-won (29 November 2018). "디크런치, 생애 첫 시상식 '2018 AAA'서 포커스상 수상". The Financial News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-22. Dicapai pada 14 Disember 2018.
^Lee Jeong-ho (6 Ogos 2018). 디크런치 "우리 정체성 보여주고파 힙합곡으로 데뷔". Starnews (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 29 November 2018.
^ abJung Byeong-keun (21 November 2018). 디크런치 "전곡 자작곡+안무…결과도 우리 책임"(인터뷰). Joynews24 (dalam bahasa Korea). inews24. Dicapai pada 14 Disember 2018.