Dialog Ekonomi dan Strategik AS.-China (S&ED) adalah dialog peringkat tertinggi antara Amerika Syarikat dan China bagi membincangkan keselamatan dua hala, kewilayahan dan global dan isu-isu ekonomi antara kedua-dua buah negara. Penubuhan S&ED telah diumumkan pada 1 April 2009 oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Presiden China Hu Jintao. Mekanisme ini akan menggantikan dialog sebelum ini dan Dialog Ekonomi Strategik dimulakan yang dimulakan oleh George Bush . Format dialog ialah wakil peringkat tinggi kedua-dua buah negara dan perwakilan akan bertemu setiap tahun ibu negara beretukar-tukar antara dua negara itu.
Setiausaha Negara AS Hillary Clinton dan Duta China Dai Bingguo menjadi pengerusi bersama.Setiausaha Perbendaharaan As, Timothy Geithner dan Naib Perdana Cina Wang Qishan akan menjadi pengerusi bersama "Landasan Ekonomi".
Dialog ini telah dicadangkan oleh para penganalisis dan media bahawa S&ED amat penting dalam hubungan di antara Amerika Syarikat dan China.Ia boleh menggalakkan hubungan politik, urusan bernas dan kerjasama antara dua negara itu.
S&ED merupakan mekanisme bagi menghadapi cabaran dan peluang Amerika Syarikat dan China menghadapi cabaran dan hubungan dua hala, kawasan wilayahdan global semasa dan jangka panjang yang melibatkan kepentingan strategik dan ekonomi. Presiden Barack Obama AS dan Presiden Hu Jintao bersungguh-sungguh membangunkan hubungan strategik jangka panjang dan objektif-objektif ekonomi melalui S&ED.
Pusingan pertama: 27–28 Julai 2009 (Washington, DC.) Naib Perdana Menteri Wang Qishan berbincang dengan ahli kongres Rick Larsen dan Mark Kirk, bekas Setiausaha Perbendaharaan AS Henry Paulson dan Justin Yifu Lin, ketua pakar ekonomi dan naib presiden kanan Bank Dunia, pada 26 Julai 2009 sebelum S&ED.Setiausaha Clinton menganjurkan sebuah majlis pada 26 Julai 2009 bersama dengan Dai Bingguo.
Presiden Barack Obama memulakan sesi pembukaan di Bangunan Ronald Reagan dan International Trade Center di Washington pada hari Isnin, 27, 2009.
Agenda yang dibincangkan termasuk kepentingan ekonomi global, pengeluaran senjata nuklear Korea Utara , perubahan iklim, dan bantuan pembangunan luar negara. Mereka bertemu di Capitol Hill. China membawa lebih 150 pegawai kanan, termasuk 28 pegawai peringkat menteri dan hampir seluruh kabinetnya. Antara yang hadir ialah Zhou Xiaochuan, Menteri Kewangan Cina Xie Xuren,
Pakar perubahan iklim, Setiausaha Energy Steven Chu, penasihat sains John Holdren, , Lisa Jackson ,Zhang Guobao turut hadir.