Ewon Benedick PGDK MP MLA (Sabah) | |
---|---|
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Malaysia | |
Memegang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah (2022-2024) |
Didahului oleh | Noh Omar |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ewon Benedick 1 Ogos 1983 Kampung Penampang Proper, Donggongon, Penampang, Sabah, Malaysia |
Pasangan | Connie Parantis |
Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick (lahir 1 Ogos 1983) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Kadazandusun. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Ahli Parlimen Penampang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) Kadamaian. Di peringkat parti, beliau berkhidmat sebagai Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).