Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil | |
---|---|
احمد فهمي بن محمد فاضل | |
Menteri Komunikasi Malaysia | |
Memegang jawatan 12 Disember 2023 | |
Raja | Sultan Ibrahim (sejak 31 Januari 2024) Al-Sultan Abdullah (sehingga 30 Januari 2024) |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Timbalan | Teo Nie Ching |
Didahului oleh | Annuar Musa |
Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Timbalan | Teo Nie Ching |
Didahului oleh | dirinya sendiri |
Digantikan oleh | dirinya sendiri |
Jurucakap Kerajaan Perpaduan | |
Memegang jawatan 31 Januari 2023 | |
Raja | Sultan Ibrahim (sejak 31 Januari 2024) Al-Sultan Abdullah (sehingga 30 Januari 2024) |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Lembah Pantai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Nurul Izzah Anwar |
Majoriti | 5,598 (2018) |
Ketua Penerangan PKR | |
Memegang jawatan 2022 | |
Didahului oleh | Shamsul Iskandar Md Akin |
Ketua PKR Cabang Lembah Pantai | |
Memegang jawatan 2022 | |
Ketua Pengarah Komunikasi PKR | |
Dalam jawatan 2013–2021 | |
Digantikan oleh | Lee Chean Chung |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil 4 Februari 1981 Kuala Lumpur, Malaysia |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat |
Sekutu gabungan politik lain | Pakatan Harapan |
Pasangan | Azrina Puteri Mohamed Mahyuddin |
Anak-anak | 1 |
Alma mater | Purdue University |
Pekerjaan | Ahli politik, usahawan, ahli perniagaan |
Laman web rasmi | fahmifadzil |
Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Jawi: احمد فهمي بن محمد فاضل; lahir 4 Februari 1981) [1][2] ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memegang Portfolio sebagai Menteri Komunikasi Malaysia dan Ahli Parlimen Lembah Pantai. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat.
Fahmi memegang ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia (BSChE) dari Purdue University, Indiana, Amerika Syarikat.
Sebelum menyertai Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2010, Fahmi ialah seorang penulis, pelakon dan seorang pemenang teater yang memenangi anugerah, dan telah muncul dalam siri televisyen seperti Gol & Gincu dan program temu ramah The Fair Current Show. Beliau juga terlibat secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang menjadi sebahagian daripada Projek Seni Masyarakat Taman Medan pada tahun 2012 yang berkaitan dengan menangani ketegangan kaum di kalangan generasi muda melalui seni persembahan dan visual.
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratus | Pembangkang | Undi | Peratus | Buang undi | Majoriti | Keluar mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Fahmi Fadzil (PKR) | 33,313 | 50.24% | Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (UMNO) | 27,715 | 41.80% | 66,305 | 5,598 | 83.50% | ||
Fauzi Abu Bakar (PAS) | 5,277 | 7.96% | |||||||||
2022 | Fahmi Fadzil (PKR) | 35,359 | 46,09% | Ramlan Shahean @ Askolani (UMNO) | 21,447 | 27.96% | 76,714 | 13,912 | 75.34% | ||
Fauzi Abu Bakar (PAS) | 19,098 | 24.60% | |||||||||
Noor Asmah Mohd Razalli (PUTRA) | 810 | 0.16% |