Kelas Gepard (Cheetah) adalah sebuah kelas frigat yang dibina oleh Rusia bagi mengantikan korvet kelas Koni, Grisha, dan Parchim.
Kelas Gepard telah direka sebagai sebuah frigat eksport ringan dan tidak berkos tinggi. Rusia menawarkan tiga buah versi kepada pelanggan berpotensi iaitu:[1]
Antara Mac hingga Ogos 2011, Tentera Laut Rakyat Vietnam telah menerima dua buah kapal frigat Gepard 3.9 yang dipesan pada tahun 2006, yang dibina oleh Limbungan Kapal Gorky, Tatarstan Rusia. Pada akhir tahun 2011, Vietnam telah menandatangani satu kontrak untuk tambahan dua buah kapal dalam konfigurasi anti kapal selam.[5] Tambahan dua buah kapal lagi sedang dipertimbangkan untuk menjadikan jumlahnya sehingga enam buah kapal.[6][7][8]
Sri Lanka memulakan rundingan pembelian kredit sebuah frigat Gepard 5.1 pada tahun 2017 dan kabinet Sri Lanka telah meluluskan cadangan oleh Presiden Maithripala Sirisena untuk pembelian ini pada bulan September 2017.[9]
Pada Oktober 2015, Dagestan, dengan tiga buah kapal Tentera Laut Rusia lain yang berkhidmat dalam Flotila Kaspia, telah melancarkan beberapa peluru berpandu krus ke atas sasaran-sasaran di Syria. Peluru berpandu ini terbang hampir 1,500 kilometer (930 bt) di ruang angkasa Iran dan Iraq dan menghentam sasaran di kegabenoran Raqqa dan Aleppo (dikawal oleh ISIS) selain wilayah Idlib (dikawal oleh sekutu al-Qaeda, Barisan Nusra).[10] Pasukan bersenjata Peshmerga (angkatan bersenjata Kurdish bertempat di utara Iraq) telah menyiarkan sebuah video yang didakwa menggambarkan dua buah peluru berpandu krus sedang terbang ke Syria.[11]
No. | Nama | Nama serupa | Designasi projek | Pembina | Dibaringkan | Dilancarkan | Ditauliahkan | Armada | Status |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() ![]() | |||||||||
691 | Tatarstan (bekas-Yastreb) |
Republik Tatarstan | 11661 | Zelenodolsk Shipyard | 1993 | 2 Julai 2001 | 31 Ogos 2003 | Kaspia | Aktif |
693 | Dagestan (bekas-Albatros) |
Republik Dagestan | 11661K | 1994 | 1 April 2011[12] | 28 November 2012[13] | Aktif | ||
![]() ![]() | |||||||||
011 | Dinh Tien Hoang | Đinh Tiên Hoàng | 11661E (Gepard 3.9) Batch I | Zelenodolsk Shipyard | 10 Julai 2007 | 12 Disember 2010 [14] | 23 Mac 2011 [15] | Wilayah Laut 4 | Aktif |
012 | Ly Thai To | Lý Thái Tổ | 27 November 2007 | 16 Mac 2011[perlu rujukan] | 22 Ogos 2011 [16] | Aktif | |||
015 | Tran Hung Dao | Trần Hưng Đạo | 11661E (Gepard 3.9) Batch II | 24 September 2013[17] | 27 April 2016[18] | 6 Februari 2018 | Aktif[19] | ||
016 | Quang Trung | Quang Trung | 24 September 2013[17] | 26 Mei 2016 | 6 Februari 2018 | Aktif[20] | |||
- | - | - | 11661E (Gepard 3.9) Batch III | - | - | - | - | Dirancang[8] | |
- | - | - | - | - | - |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.