Magnitud | 6.3 Ms [1] |
---|---|
Kedalaman | 15 km (9 bt)[2] |
Koordinat | 8°29′S 115°45′E / 8.49°S 115.75°EKoordinat: 8°29′S 115°45′E / 8.49°S 115.75°E[3] |
Kawasan terjejas | Bali, Indonesia |
Keamatan maksimum | VIII (Teruk) |
Tanah runtuh | Ya |
Korban | 27 maut 200 cedera |
Gempa bumi Bali 1979 berlaku pada 03:58 WITA pada 18 Disember dengan besar gelombang permukaan 6.3. Getaran berlaku di bahagian tenggara pantai Kabupaten Karangasem di Selat Lombok, dan sekitar 60 kilometer (37 mi) timur laut Denpasar. Gempa bumi tersebut memusnahkan 80 peratus bangunan di Kabupaten Karangasem, di mana antara 15,000 sehingga 500,000 orang pelarian dan secara cepat memutuskan hubungan darat dengan ibu kota wilayah tersebut, Denpasar.[4][5]
Pulau Bali merupakan bahagian dari Busur Sunda, yang terbentuk di atas had konvergen di mana Plat Australia dibenamkan di bawah Plat Sunda. Peringkat penumpuan melintasi garis Palung Sunda–Jawa ialah 7.5 cm per tahunnya. Ke arah timur Bali, Busur Sunda juga ditolak ke atas lembangan belakang Busur Sembilan dan Flores pada satu masa. Mekanisme penumpuan untuk gempa bumi di dekat Bali dapat dirasakan pada zom benam mahupun sistem sesaran di utara.[6]
Gempa bumi sebelumnya dengan kuasa 6.5 Ms di utara pantai Buleleng pada 14 Julai 1976 menyebabkan 573 kematian di Bali dan membuat sejumlah orang pelarian, sama seperti gempa tahun 1979.
Getaran sebelumnya sebesar 6.2 Ms pada 20 Oktober mempengaruhi Mataram, ibu kota pulau jiran Lombok, dan memusnahkan ratusan bangunan di pulau itu dan juga di Bali. Dua orang maut, termasuk seorang anak lelaki berumur tiga tahun di Lombok dan seorang ibu mengandung di sebuah hospital di Denpasar.[7] Pusat gempa 20 Oktober kira-kira berada 28 km (17 bt) utara-timur laut dari gempa 17 Disember.[8]
Berdasarkan Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa 18 Disember berlaku pada 60 km (37 bt) bahagian timur-timur laut Denpasar pada kedalaman 15 km (9.3 mi). Laporan awal oleh wartawan tempatan memaklumkan bahawa pusat gempa berada di bawah Stratovolkano Gunung Agung, namun pihak berkuasa telah mengesahkan lokasi tepatnya berada di Selat Lombok.[9] Getaran tersebut dapat dirasa di sepanjang pantai timur Lombok, walaupun tidak terdapat kerosakan yang berlaku di sana.[10]
Lapan puluh peratus rumah dan bangunan lainnya di Kabupaten Karangasem dilaporkan telah musnah atau kira-kira lapan puluh ribu rumah rosak, dan juga melibatkan sembilan Pura Hindu, 17 pasar, 8 sekolah, beberapa masjid dan sebuah hospital umum. Desa Culik, Datah dan Tisla dikhabarkan tidak dihuni kerana kerosakan akibat gempa yang teruk.[11]
Tentera Kebangsaan Indonesia menubuhkan sebelas berek sementara di wilayah yang terdedah dengan kesan gempa bumi untuk membantu orang-orang yang kehilangan tempat tinggal. Pejabat Gabenor menghantar sekurang-kurangnya 25 tan beras kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal.