Gerbang Asia-Amerika

Gerbang Asia-Amerika (Asia- America Gateway, AAG) sejauh 20,000-kilometer (12,000 bt) ialah sistem kabel komunikasi dasar laut yang panjang, menghubungkan Asia Tenggara dengan Amerika Syarikat, melintasi Lautan Pasifik melalui Guam dan Hawaii . [1] [2]

Asia-America Gateway
Total length20,000-kilometer (12,000 bt)
Date of first use10 November 2009 (2009-11-10)

Kabel ini mampu membawa hingga 2.88 Terabit / saat(AS-Hawaii & Hong Kong-Asia Tenggara) dan 1.92 Terabit / saat (Hawaii-Hong Kong). Kabel ini mula digunakan pada tarikh 10 November 2009. [3]

Pembangunan sistem kabel AAG dibiayai, dengan kos $ 500 juta USD, [2] oleh 19 rakan kongsi: AT&T (Amerika Syarikat), BayanTel (Filipina), Bharti (India), BT Global Network Services (UK), CAT Telecom (Thailand), ETPI (Filipina), FPT Telecom (Vietnam), Authority for Info-Communications Technology Industry (Brunei Darussalam), Indosat (Indonesia), PLDT (Filipina), Saigon Postal Corporation (Vietnam), StarHub (Singapura), Ezecom / Telcotech (Kemboja), Telkom Indonesia (Indonesia), Telstra (Australia), Telekom Malaysia (Malaysia), Telecom New Zealand (New Zealand), Viettel (Vietnam), dan Vietnam Posts and Telecommunications Group . Kabel ini berakhir di Amerika Syarikat, Hawaii, Guam, Filipina, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan Vietnam. [1] [4] [5]

  1. ^ a b "Asia-America Gateway". www.asia-america-gateway.com. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada January 5, 2010. Dicapai pada 2009-12-24.
  2. ^ a b "Faster Starhub broadband" (Siaran akhbar). www.straitstimes.com. December 8, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada December 12, 2009. Dicapai pada 2009-12-24.
  3. ^ "AAG Submarine Cable System". Submarine Cable Networks. June 20, 2011. Dicapai pada 2012-02-21.
  4. ^ "Asia America Gateway (AAG)" (PDF). www.telstrainternational.co.uk. 2009. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada December 22, 2009. Dicapai pada 2009-12-24.
  5. ^ "Consortium to Develop Proposal for Asia – America Gateway Cable System" (PDF). REACH. June 1, 2006. Dicapai pada 2008-12-24.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.