Klasifikasi utama | Katolik |
---|---|
Orientasi | Latin |
Kitab suci | Bible |
Teologi | Teologi Katolik |
Bentuk pemerintahan | Episkopal |
Badan pemerintahan | BCOS |
Paus | Francis |
Presiden | Hugh Gilbert |
Nuncio Apostolik | Miguel Maury Buendía |
Wilayah | Scotland |
Bahasa | Inggeris, Latin |
Pendiri | Saint Ninian, Saint Mungo, Saint Columba |
Didirikan | s. 200-an: Agama Kristian di Rom Britain s. 400-an: Kristian Zaman Pertengahan |
Pecahan | Gereja Scotland |
Umat | 841,053 (2011)[1] |
Laman web rasmi | bcos.org.uk |
Gereja Katolik di Scotland, yang diselia oleh Persidangan Uskup Scotland, adalah sebahagian daripada Gereja Katolik sedunia yang dipimpin oleh Paus. Agama Kristian diperkenalkan ke Britain Rom dan kemudian tersebar ke Scotland, diperkukuhkan dengan pemelukan orang Pict oleh misi Ireland-Scotland dan Biara Iona. Walaupun akarnya yang mendalam dan sumbangannya kepada budaya dan kesusasteraan Scotland, Gereja Katolik telah diharamkan pada tahun 1560 oleh Parlimen Reformasi Scotland. Usaha-usaha seperti kebangkitan Jacobitisme (gerakan politik untuk meletakkan kerabat Stuart di atas takhta England, Scotland dan Ireland) gagal memulihkan agama Katolik atau menjamin kebebasan beragama. Walaupun Akta Bidang Kuasa Paus 1560 tidak lagi dikuatkuasakan, ia tetap berkuat kuasa mengikut undang-undang.
Selama hampir tiga abad ditindas antara tahun 1560 dan 1829,[2][3] pelajar yang ingin menjadi paderi Katolik menghadapi banyak cabaran. Ramai pergi berlatih di luar negara, manakala yang lain menghadiri seminari rahsia di Scotland, seperti di pulau Eilean Bàn dan kemudiannya Seminari Scalan di Glenlivet. Tokoh-tokoh seperti Uskup John Geddes memainkan peranan penting ketika ini, dengan Geddes menjadi tokoh terkemuka dalam Pencerahan Scotland dan dikagumi penyair kebangsaan Robert Burns.
Kempen untuk pembebasan Katolik berjaya pada tahun 1829, memulihkan kebebasan beragama dan hak sivil. Menjelang 1878, hierarki Katolik di Scotland ditegakkan semula secara rasmi.[4] Di Tanah Tinggi, paderi-paderi seperti Uskup Angus MacDonald dan Rahib Allan MacDonald mengetuai penentangan terhadap perbuatan-perbuatan diskriminasi seperti Pemugaran Tanah Tinggi dan peras sewa, yang diilhamkan oleh Perang Tanah Ireland.
Pada abad ke-19, ramai penganut Katolik di Tanah Rendah Scotland ada keturunan pendatang Ireland dan penutur bahasa Gaelik Tanah Tinggi yang berhijrah contohnya semasa Pemugaran Tanah Tinggi dan kebuluran besar—di kedua-dua Scotland dan Ireland. Komuniti-komuniti Katolik lain dari Itali, Lithuania,[5] Ukraine dan Poland kemudian muncul, dengan penghijrahan meningkatkan lagi populasi. Menjelang 2009, populasi Katolik Scotland dianggar terletak sekitar 850,000, daripada populasi keseluruhan 5.1 juta.[6]
Sesetengah kawasan yang berbahasa Gaelik, antaranya Barra, Benbecula, Uist Selatan dan Moidart, tetap bermajoriti Katolik. Pengaruh ini terbukti dalam kesusasteraan Gaelik Scotland Pasca-Reformasi dan dalam Nahdah Gaelik baru-baru ini, dengan sumbangan daripada tokoh-tokoh seperti Iain Lom, Sìleas na Ceapaich, Alasdair Mac Mhaighstir Alasdair dan Angus Peter Campbell.
Dalam banci 2011, 16% warga Scotland menganggap diri sebagai Katolik, berbanding 32% yang mengaitkan diri dengan Gereja Scotland. Antara tahun 1994 dan 2008, kehadiran Misa Katolik merosot, dengan hanya 184,283 orang yang hadir secara tetap menjelang 2008, menurut Persidangan Waligereja Katolik Scotland.[7]
Terdapat empat entiti yang merangkumi Scotland, England dan Wales.
Terdapat dua keuskupan agung Katolik dan enam keuskupan di Scotland; jumlah keahlian ialah 841,000:[8]
Keuskupan | Wilayah | Cakupan (anggaran) | Katefral | Diasaskan | Keahlian |
---|---|---|---|---|---|
Keuskupan Aberdeen
Uskup Hugh Gilbert |
Saint Andrews dan Edinburgh | Aberdeen, Moray, Highland (kecuali selatan Inverness-shire, Skye dan pulau-pulau), Kepulauan Orkney, Kepulauan Shetland | Gereja Katedral St. Mary of the Assumption | 1878 | 51,000 (2022)[9] |
Keuskupan Argyll dan Kepulauan
Uskup Brian McGee |
Argyll dan Bute, selatan Inverness-shire, Arran, Kepulauan Hebrides | Gereja Katedral St. Columba | 10,000 (2022)[10] | ||
Keuskupan Dunkeld
Bakal Uskup Andrew McKenzie |
Dundee, Forfarshire, Perthshire dan utara Fife | Gereja Katedral St. Andrew | 63,260 (2021)[11] | ||
Keuskupan Galloway
Uskup Francis Dougan |
Ayrshire (kecuali Arran), Dumfries dan Galloway | Gereja Katedral St. Margaret | 41,350 (2021)[12] | ||
Keuskupan Agung Glasgow
Uskup Agung William Nolan |
Glasgow | Glasgow dan Dunbartonshire | Gereja Katedral Metropolitan St. Andrew | 218,170 (2021)[13] | |
Keuskupan Motherwell
Uskup Joseph Toal |
Lanarkshire | Gereja Katedral Our Lady of Good Aid | (dari Keuskupan Agung Glasgow dan Keuskupan Galloway) |
1947
163,000 (2021)[14] | |
Keuskupan Paisley
Uskup John Keenan |
Renfrewshire | Gereja Katedral Saint Mirin | (dari Keuskupan Agung Glasgow) |
1947
87,940 (2021)[15] | |
Keuskupan Agung Saint Andrews dan Edinburgh
Uskup Agung Leo Cushley |
Saint Andrews dan Edinburgh | Saint Andrews, kebanyakan Fife, Kinross-shire, Clackmannanshire, Stirlingshire, West Lothian, Edinburgh, Midlothian, East Lothian, Sempadan Scotland | Katedral Metropolitan Our Lady of the Assumption | 1878 | 123,500 (2022)[16] |
Eparki Keluarga Kudus London
Uskup Kenneth Nowakowski |
Kiev–Galicia | Great Britain | Gereja Katedral Holy Family in Exile | (dinaikkan kepada Eparki 2013) |
1968
13,000 (2021) |
Biskoprik Tentera
Uskup Paul Mason |
Takhta Paus | Angkatan Tentera British di Britain dan di luar negara | Gereja Katedral St. Michael dan St. George | 1986 | |
Ordinariat Peribadi Santa Perawan Maria di Walsingham
Uskup David Waller |
Bekas golongan paderi, agamawan dan umat awam Anglikan di England, Wales dan Scotland. | Gereja Utama Our Lady of the Assumption dan St. Gregory | 2011 | 1,950 (2021) | |
Eparki Katolik Syro-Malabar Great Britain
Uskup Joseph Srampickal |
Arkiparki Besar Katolik Syro-Malabar Ernakulam–Angamaly | Gereja Syro-Malabar di England, Wales dan Scotland. | Katedral Syro-Malabar St Alphonsa, Preston | 2016 | 41,000 (2021) |
Biskoprik Tentera dan Ordinariat Peribadi Santa Perawan Maria di Walsingham secara langsung tertakluk kepada Takhta Suci. Eparki Katolik Ukraine dari Keluarga Kudus London dan Eparki Katolik Syro-Malabar Great Britain tertakluk kepada metropolitan mereka sendiri, uskup agung utama, dan sinod-sinod arkipiskopal utama.