Goh Sze Fei | ||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Maklumat peribadi | ||||||||||||||||||||||||||
Negara | Malaysia | |||||||||||||||||||||||||
Lahir | Melaka, Malaysia | 18 Ogos 1997|||||||||||||||||||||||||
Tinggi | 1.70 m (5 ka 7 in) | |||||||||||||||||||||||||
Cakat tangan | Kanan | |||||||||||||||||||||||||
Jurulatih | Rexy Mainaky | |||||||||||||||||||||||||
Beregu lelaki | ||||||||||||||||||||||||||
Ranking tertinggi | 14 (3 Mei 2022) | |||||||||||||||||||||||||
Ranking semasa | 14 (3 Mei 2022) | |||||||||||||||||||||||||
Rekod pingat
| ||||||||||||||||||||||||||
Profil BWF |
Goh Sze Fei (Bahasa Cina: 吳世飛; lahir 18 Ogos 1997) ialah pemain badminton Malaysia.[1] Beliau memenangi kejohanan Antarabangsa Singapura 2016 di acara beregu lelaki yang berpasangan dengan Nur Izzuddin Mohd Rumsani. Pencapaian terbaik mereka ialah menjadi juara di Terbuka Jerman 2022.[2]
Goh menamatkan sekolah rendahnya di SJK(C) Chung Hua Tampin, Negeri Sembilan. Semasa zaman persekolahan menengahnya, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar di Tampin, beliau berjaya direkrut menyertai Badminton Association of Malaysia untuk dilatih sebagai pemain Pasukan Kebangsaan Malaysia.
Goh berasal dari keluarga Cina Malaysia yang kini menetap di Tampin, Negeri Sembilan. Dalam keluarganya ada 4 orang adik beradik dan beliau merupakan anak bongsu dalam kalangan adik beradik.[3] Semua adik-beradiknya sangat berminat dalam sukan badminton dan abang sulung Goh (Goh Sze Boon) dan abang kedua (Goh Sze Ann) juga pernah menjadi Pemain Kebangsaan Malaysia. Jurulatih badminton pertama Goh ialah Goh Sai Chong yang membimbing dan melatih Sze Fei sejak beliau masih muda.[4] Pasangan beregu badminton kehidupan awal Goh ketika muda dahulu termasuk Teoh Yi Xuan, Tan Kai Ge dan Ng Kee Riang.
Jelajah Dunia BWF, yang diumumkan pada 19 Mac 2017 dan dilaksanakan pada 2018,[5] adalah satu siri kejohanan elit badminton yang disetujui oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Jelajah Dunia BWF dibahagikan kepada tahap Jelajah Akhir Dunia, Super 1000, Super 750, Super 500, Super 300 (sebahagian daripada Jelajah Dunia HSBC), dan Jelajah BWF Super 100.[6]
Beregu lelaki
Tahun | Kejohanan | Tahap | Pasangan | Lawan | Skor | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Terbuka Jerman | Super 300 | Nur Izzuddin | Liu Yuchen Ou Xuanyi |
23–21, 16-21, 21-14 | Juara |
Grand Prix BWF mempunyai dua peringkat, Grand Prix dan Grand Prix Gold BWF. Ia merupakan siri kejohanan badminton yang disetujui oleh BWF sejak 2007.
Beregu lelaki
Tahun | Kejohanan | Pasangan | Lawwn | Skor | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
2017 | Master Malaysia | Nur Izzuddin | Berry Angriawan Hardianto |
19–21, 12–21 | Naib juara |
Beregu lelaki
Tahun | Kejohanan | Pasangan | Lawan | Skor | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
2018 | Antarabangsa Terbuka Tata India | Nur Izzuddin | Arjun M.R. B. Sumeeth Reddy |
10–21, 16–21 | Naib juara |
2017 | Antarabangsa Malaysia | Nur Izzuddin | Shia Chun Kang Tan Wee Gieen |
21–19, 21–12 | Juara |
2016 | Siri Antarabangsa India | Nur Izzuddin | Satwiksairaj Rankireddy Chirag Shetty |
11–8, 5–11, 11–7, 8–11, 5–11 | Naib juara |
2016 | Antarabangsa Switzerland | Nur Izzuddin | Aaron Chia Wong Wai Jun |
21–18, 21–12 | Juara |
2016 | Siri Antarabangsa Vietnam | Nur Izzuddin | Đỗ Tuấn Đức Phạm Hồng Nam |
21–17, 19–21, 20–22 | Naib juara |
2016 | Singapore International | Nur Izzuddin | Danny Bawa Chrisnanta Hendra Wijaya |
21–13, 21–14 | Juarw |