Gokusen | |
ごくせん | |
---|---|
Manga | |
Pengarang | Kozueko Morimoto |
Penerbit | Shueisha |
Demografik | Josei |
Majalah Asal | You |
Tarikh Pengeluaran | Ogos 23, 2000 – Februari 2007 |
Jilid | 15 |
Drama televisyen | |
Penyiaran Asal | Nippon Television |
Tarikh tayangan | April 1, 2002 – Julai 3, 2002 |
Episod | 12 |
Filem aksi sebenar televisyen | |
Gokusen Special: Sayonara 3-nen D-gumi | |
Penyiaran Asal | Nippon Television |
Dikeluarkan pada | 26 Mac 2008 |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Yuzo Sato |
Studio | Madhouse |
Dilesenkan oleh | |
Penyiaran Asal | Nippon Television |
Penyiaran bahasa Inggeris | |
Tarikh tayangan | Januari 6, 2004 – Mac 30, 2004 |
Episod | 13 |
Drama televisyen | |
Gokusen 2 | |
Penyiaran Asal | Nippon Television |
Tarikh tayangan | January 15, 2005 – March 19, 2005 |
Episod | 10 |
Drama televisyen | |
Gokusen 3 | |
Penyiaran Asal | Nippon Television |
Tarikh tayangan | April 19, 2008 – Jun 28, 2008 |
Episod | 11 |
Filem aksi sebenar televisyen | |
Gokusen 3: Graduation Special 2009 | |
Penyiaran Asal | Nippon Television |
Dikeluarkan pada | 2009 |
Filem aksi sebenar | |
Gokusen: The Movie | |
Pengarah | Toya Sato (佐藤東弥) |
Dikeluarkan pada | 11 Julai 2009 |
Gokusen (ごくせん ) merupakan sebuah siri manga oleh Kozueko Morimoto. Cerita mengisahkan tentang Kumiko Yamaguchi, cucu bos yakuza dan guru di sekolah menengah swasta semua lelaki. Pada 2008, sebuah manga SP dikeluarkan, memaparkan beberapa pelajar lama Yankumi (Kumiko) yang kini bekerja dewasa.
Pada tahun 2002, manga disesuaikan menjadi drama televisyen dengan Yukie Nakama sebagai pelakon utama. Siri kedua dihasilkan pada tahun 2005. Adaptasi anime disiarkan di Nippon Television dari 6 Januari 2004 hingga 30 Mac 2004.
Musim ketiga siri (drama) disiarkan sebagai Program Ulang Tahun ke-55 Nippon Television pada tahun 2008.
Sebuah filem sebagai sebahagian daripada drama itu telah dikeluarkan di teater Jepun pada 11 Julai 2009.[1]
Versi drama sangat popular di Malaysia pada sekitar 2000-an hingga 2010-an.[2]
Gokusen mengisahkan seorang guru perempuan bernama Yamaguchi Kumiko yang juga merupakan cucu perempuan kepada seorang ketua yakuza serta pewaris utama kumpulan yakuza tersebut berikutan kematian kedua-dua ibu bapanya. Walaupun hajatnya untuk menjadi seorang guru direstui oleh datuknya, pengikut-pengikutnya tetap mahukan Kumiko untuk menjadi pengganti datuknya itu.
Kumiko (juga dikenali sebagai "Yankumi" di kalangan pelajar-pelajarnya) menjadi guru di sebuah sekolah menengah swasta. Dia menjadi guru kelas di sebuah kelas yang dipenuhi pelajar samseng, Sebagai mana kisah "guru berdedikasi" yang lain seperti Great Teacher Onizuka, Kumiko bukan sahaja mengajar ilmu akademik di dalam kelas, malah turut mengajar anak muridnya mengenai erti kehidupan. Walaupun dia terpaksa menyembunyikan identiti sebenar keluarganya daripada pengetahuan umum, statusnya sebagai pewaris ketua yakuza sering memberikannya kekuatan dalam menghadapi masalah, tetapi selalunya membentuk sebahagian unsur komedi.